Why So Serious, Parents?
Ulasan Buku 2021
Jumlah paparan: 3451
'Why So Serious, Parents?' - Adlil Rajiah
ISBN : 9789672038184
Penerbit: Mustread. Sdn. Bhd.
No. Panggilan: HQ755.8 A35 2017 k c.2
Tahun diterbitkan : 2017
Mukasurat: 376
Url Efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=89842
Pengulas :
Pn. Wan Rosnur Irma Wan Mohamad, Pembantu Pustakawan Kanan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
ISBN : 9789672038184
Penerbit: Mustread. Sdn. Bhd.
No. Panggilan: HQ755.8 A35 2017 k c.2
Tahun diterbitkan : 2017
Mukasurat: 376
Url Efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=89842
Pengulas :
Pn. Wan Rosnur Irma Wan Mohamad, Pembantu Pustakawan Kanan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Why So Serious, Parents?. Tajuknya walaupun kelihatan santai, namun berbaur sedikit sindiran. Tanpa sedar, kita sebagai ibu bapa kadang-kadang terlalu mementingkan kesempurnaan walaupun sebenarnya ‘kesilapan’ daripada anak-anak adalah suatu proses pembelajaran bagi mereka. Isi kandungan yang dikarang mudah dan bersahaja oleh penulis membawa ke situasi sebenar yang berlaku dalam kehidupan seharian. Anak tertumpahkan air, kita marah. Anak menconteng dinding, kita marah. Anak sepahkan barang, kita marah. Hakikatnya, setiap apa yang diekspresikan secara spontan daripada ibubapa memainkan peranan penting dalam perkembangan perilaku anak-anak.
Ilmu keibubapaan perlu dicari, dipelajari dan dipraktikkan. Penulis mengajak kita bertenang, bersabar dan positif dalam mendidik anak-anak. Memahami perasaan, perilaku tindakbalas dan gerak tubuh anak-anak juga amat penting dalam membentuk perkembangan sahsiah anak-anak. Untuk mengawal anak-anak, ibubapa perlulah mengawal emosi sendiri terlebih dahulu. Fahami apa yang mereka mahu dan rasa. Dengarkan pendapat mereka, dan sekali sekala membiarkan mereka membuat keputusan dan belajar memperbetulkan kesilapan mereka sendiri. Hal ini dapat memberi peluang dan ruang untuk ibubapa lebih santai dalam mendidik dan anak-anak membesar dalam suasana ‘non-complex’.
Seperti karya penulis yang sebelum ini, penyampaian melalui pengalaman dan fakta-fakta yang disertakan menjadikan buku ini menarik untuk dibaca. Grafik dan ilustrasi yang berwarna di semua muka surat menjadikan buku ini amat sesuai untuk semua golongan dan khususnya mereka yang bakal bergelar ibu dan bapa. Ia juga boleh dijadikan bahan hadiah, bahan usrah dan rujukan buat teman dan keluarga.