Amalan murah rezeki : agar hidup bertambah berkat
Ulasan Buku 2021
Jumlah paparan: 3581
'Amalan murah rezeki : agar hidup bertambah berkat '- Dato' Siti Nor Bahyah Mahmood, Dr. Haji Zahazan Mohamed dan Mahfuzah Omar
ISBN : 9789673882007
Penerbit: Telaga Biru Sdn.Bhd
No. Panggilan:BP188.15 B34 2015 C.2
Tahun diterbitkan : 2015
Mukasurat: 157
Url Efind : https://efind.ump.edu.my:8443/cgi-bin/koha/catalogue/detail.pl?biblionumber=84972
Pengulas :
Pn. Wan Rosnur Irma Wan Mohamad, Pembantu Pustakawan Kanan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
ISBN : 9789673882007
Penerbit: Telaga Biru Sdn.Bhd
No. Panggilan:BP188.15 B34 2015 C.2
Tahun diterbitkan : 2015
Mukasurat: 157
Url Efind : https://efind.ump.edu.my:8443/cgi-bin/koha/catalogue/detail.pl?biblionumber=84972
Pengulas :
Pn. Wan Rosnur Irma Wan Mohamad, Pembantu Pustakawan Kanan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Penulisan dalam buku ini dirungkai dengan penuh cermat. Bermula dengan kejadian manusia yang telah ditetapkan rezeki, ajal, amalan dan takdir hidupnya, penulis mengupas dengan lebih lanjut mengenai usaha-usaha dan amalan yang membawa kepada rezeki yang murah dan berkat. Kebanyakan manusia terjerat dengan masalah mencari rezeki yang berkat. Mereka berpendapat dengan bekerja keras dan membelakangkan hukum hakam agama dapat membantu mereka mendapatkan kekayaan yang segera. Namun ramai juga yang memberi alasan terpaksa demi mencapai matlamat hidup.
Islam telah menggariskan beberapa panduan agar kita tidak tergelincir dari landasan yang benar. Buku ini memberi petua bagaimana mendapatkan rezeki yang murah dan sekaligus menerapkan sifat takwa yang perlu ada dalam diri kita sebagai umat Islam dalam menjalani kehidupan. Pengurusan hutang, adab dalam berhutang dan memberi hutang serta cara menyelesaikan hutang juga ada dikupas di dalam buku setebal 157 muka surat ini.
Buku ini amat sesuai dibaca oleh para remaja hingga ke golongan dewasa kerana faktanya diolah secara santai, hujah dan dalil yang dikemukakan secara ringkas dan padat serta memudahkan pemahaman. Selain itu, grafik dan ilustrasi yang menarik juga mampu menarik minat pembaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut dan sesuai dijadikan bahan hadiah, bahan usrah dan rujukan buat teman dan keluarga.