eResources
- Katalog Perpustakaan - Katalog Perpustakaan UMP atau eFind adalah katalog atas talian Perpustakaan UMP. Ia menyediakan maklumat meliputi semua bahan-bahan yang terdapat di Perpustakaan.
- eResources (EzProxy)- Perpustakaan UMP eResources menyediakan akses yang komprehensif bagi sumber atas talian yang dilanggan dan dibeli oleh Perpustakaan. eResources boleh diakses dalam atau luar kampus melalui Sistem EzProxy.
- UMP Institutional Repository (UMP-IR)- Institutional Repository (UMP-IR) dibangunkan oleh Perpustakaan UMP bagi mengumpul, menyimpan, mengindeks, memelihara dan menyebarkan hasil penerbitan universiti di dalam bentuk digital. Ia adalah pangkalan data perkongsian ilmu/sumber seperti kertas kerja, artikel jurnal, tesis dan projek akhir oleh pelajar lepasan ijazah dan sarjana muda.
- Pinjaman Antara Perpustakaan - Pinjaman Antara Perpustakaan (ILL) adalah perkhidmatan untuk mendapatkan bahan (bercetak atau elektronik) yang tidak terdapat di Perpustakaan UMP. Perkhidmatan ini dijalankan di antara Perpustakaan di Malaysia.
- Pinjaman antara Cawangan - Bagi memudahkan pengguna di kedua-dua cawangan membuat proses peminjaman. Perpustakaan UMP menawarkan dua (2) perkhidmatan dalaman iaitu Pinjaman Antara Sirkulasi (PASIR) dan Pinjaman Antara Rujukan (PARU).
- Kelayakan peminjaman - Kelayakan peminjaman adalah bilangan bahan yang layak dipinjam oleh pengguna Perpustakaan. Kelayakan bergantung kepada jenis pengguna di Perpustakaan.
- Panduan Pengguna
- Kemaskini maklumat pengguna