Ragam hidup berumahtangga
Ulasan Buku 2021
Jumlah paparan: 3354
'Ragam hidup berumahtangga' - Mohd Fadli Sulaiman
ISBN : 9789673882489
Penerbit: Telaga Biru
No. Panggilan: BP184.9.M3 F33 2016
Tahun diterbitkan : 2016
Mukasurat: 178
Url Efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=88430
Pengulas :
En. Mohd Fauzi Mohamed, Pembantu Pustakawan Kanan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
ISBN : 9789673882489
Penerbit: Telaga Biru
No. Panggilan: BP184.9.M3 F33 2016
Tahun diterbitkan : 2016
Mukasurat: 178
Url Efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=88430
Pengulas :
En. Mohd Fauzi Mohamed, Pembantu Pustakawan Kanan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Buku ini mengisahkan tentang ragam rumah tangga yang akan ditempuhi oleh pasangan suami isteri. Sejak azali lagi, Allah SWT menciptakan manusia saling berpasang-pasangan. Nabi Adam dan Hawa merupakan contoh makhluk ciptaan Allah. Setelah mereka berdua diciptakan, manusia berkembang biak dan bertebaran di muka bumi sehinggalah ke hari kiamat. Tujuan Allah mencipta kita semua adalah untuk kita beribadah kepada-Nya. Sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W., kita dituntut untuk berkahwin dan perkahwinan amat digalakkan dalam Islam.
Setelah diijabkabulkan, pasangan suami dan isteri akan menjalani rumah tangga bersama-sama. Susah, senang, suka, duka dan pelbagai perasaan akan ditempuh bersama-sama. Dalam perkahwinan mesti akan terjadi perselisihan faham dan mungkin akan membawa berlakunya pergaduhan.
Buku ini memberitahu kita bagaimana mengatasi masalah ini berlaku. Bak kata perpatah “sedangkan lidah lagi tergigit” inikan pula suami isteri. Maka buku ini mengajar kita bagaimana setiap pasangan dalam menanggani masalah ini dengan bijak dan toleransi. Ia amat sesuai untuk dibaca oleh pasangan yang baharu berumah tangga. Bagi yang telah lama berumahtangga buku ini juga dapat memberi pedoman dan pengajaran kepada setiap pasangan suami isteri.