Image
Peraturan perpustakaan diwujudkan bertujuan melicinkan perjalanan operasi perpustakaan dan menjaga ketenteraman para pengguna. Pelanggaran kepada mana-mana peraturan yang dinyatakan di bawah boleh menyebabkan pengguna dihukum di bawah Peraturan Tatatertib Am, Larangan Am Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).
  • Pengguna berdaftar mesti sentiasa mempamerkan kad matrik UMPSA atau kad keahlian publik apabila memasuki dan berada di perpustakaan. Kad matrik/kad ahli tidak boleh dipindah milik.
  • Kehilangan kad matrik atau kad keahlian publik hendaklah segera dimaklumkan kepada perpustakaan. Jika kehilangan kad, pengguna bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya pengguna lain menggunakan kad tersebut untuk meminjam buku.
  • Semua bahan yang ingin dibawa keluar mestilah melalui kios pinjaman buku (self-check kiosk) atau pinjaman di kaunter.
  • Pegawai bertugas berhak memeriksa semua beg, buku, fail dan lain-lain bahan yang dibawa masuk dan keluar dari perpustakaan terutama sekali apabila pagar keselamatan berbunyi atau bila-bila masa tanpa dimaklumkan terlebih dahulu.
  • Pengguna adalah dilarang untuk membawa makanan dan minuman (kecuali air mineral).
  • Beg dibenarkan dibawa masuk ke dalam perpustakaan. Barang-barang seperti topi keledar, payung dan baju hujan tidak dibenarkan dibawa ke dalam Perpustakaan. Pengguna hendaklah meletakkannya di luar dan keselamatan harta benda adalah di bawah tanggungjawab masing-masing.
  • Setiap pengguna harus mematuhi tatacara berpakaian sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak Universiti.
  • Merokok adalah dilarang di Universiti.
  • Salinan fotokopi adalah dibenarkan namun setiap pengguna harus bertanggungjawab sepenuhnya ke atas semua perkara yang bersabit dan bertentangan dengan Akta Hak Cipta.
  • Peralatan dan perabot tidak dibenarkan dialih dari tempat yang ditetapkan. Tempahan tempat duduk tidak dibenarkan. Pengguna lain berhak menggunakan mana-mana tempat duduk yang ditinggalkan kosong.
  • Kakitangan perpustakaan berhak menegur dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pengguna yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan.
  • Pihak perpustakaan berhak meminta pengguna yang dianggap berkelakuan menganggu ketenteraman supaya keluar dari bangunan.
  • Kanak-kanak tidak dibenarkan masuk ke ruang bacaan tanpa pengawasan.
  • Staf akademik yang bercuti belajar atau sabatikal di dalam dan luar negara mesti memulangkan semua bahan yang dipinjam sebelum bercuti.
  • Pelajar yang menangguh pengajian, menarik diri, berhenti atau tamat pengajian dikehendaki memulangkan semua bahan yang dipinjam dan membayar denda (sekiranya ada).
  • Pelajar tahun akhir yang tidak menjelaskan denda atau memulangkan bahan yang dipinjam sebelum tamat pengajian, akan ditahan transkrip peperiksaan.
  • Telefon bimbit harus diletakkan dalam mod senyap dan penggunaannya tidak menggangu ketenteraman pengguna lain.
  • Pihak perpustakaan berhak meminda dan menambah peraturan perpustakaan dari masa ke semasa.