Image

TEMI Robot pembantu

Temi ialah robot pembantu yang digunakan di Perpustakaan UMP Pekan dengan pelbagai fungsi yang menarik dimanfaatkan untuk meningkatkan servis perpustakaan kepada pengguna. Robot Temi kini berada di level 3 Perpustakaan UMP Pekan.

Fungsi Robot Temi di Perpustakaan UMP

  • Memberikan informasi berkaitan Perpustakaan melalui menu interaktif
  • Membuat pengumuman berkaitan info semasa dan aktiviti Perpustakaan
  • Membuat rondaan dan kawalan keselamatan
  • Membolehkan pengguna membuat pencarian buku
  • Membolehkan pengguna membuat pencarian fasiliti
  • Memandu arah dan menghantar pengguna ke lokasi pencarian
  • Menjawab sebarang pertanyaan mengenai Perpustakaan secara verbal
  • Menghiburkan pengguna dan membenarkan pengguna menggunakan aplikasi seperti YouTube, browser, radio, mengambil foto dan lain-lain lagi.
  • Turut digunakan dalam perasmian dan acara Perpustakaan