Alat ini amat membantu pengguna dari segi:
1. Mencegah plagiat dalam penulisan
2. Membantu meningkatkan teknik penulisan
3. Membantu menggalakkan pemikiran kritis
4. Membantu memudahkan pemberian gred penulisan
Alat ini boleh diakses secara atas talian melalui https://www.turnitin.com/
Soalan Lazim Bagi Pengajar (Pensyarah/Staff)
- Bagaimana untuk membuat akaun?
- Bagaimana dengan pendaftaran kelas dan penghantaran kerja melalui Turnitin?
- Bagaimana untuk memadam dokumen dalam sistem Turnitin?
- Pengajar baru hendaklah membuat permohonan kepada pentadbir Turnitin melalui e-mel (admin_turnitin@umpsa.edu.my) dengan memberikan nama lengkap dan e-mel rasmi.
- Pengajar akan didaftarkan menggunakan e-mel rasmi UMPSA sahaja. Contoh: ...... @umpsa.edu.my.
- Pengajar yang telah mendaftar tetapi lupa kata laluan hanya perlu reset kata laluan.
- Pengajar perlu memberikan maklumat Class ID dan Class enrollment password kepada pelajar.
- Pengguna disarankan untuk menyimpan maklumat resit dokumen yang mengandungi maklumat ID penghantaran bagi setiap semakan yang dibuat dalam sistem ini.
- Maklumat ID penghantaran penting untuk pemadaman dokumen dalam sistem Turnitin.
- Sila hubungi pentadbir Turnitin melalui e-mel (admin_turnitin@umpsa.edu.my)
- Sila lampirkan maklumat resit dokumen yang mengandungi maklumat ID penghantaran
- Pentadbir Turnitin akan membuat permohonan kepada pihak Turnitin untuk permohonan memadam dokumen
Soalan Lazim bagi Pelajar
- Pelajar perlu mendaftar menggunapakai 1 e-mel komersial sahaja sepanjang pembelajaran di UMPSA. Jika lupa katalaluan perlu reset semula kata laluan.