Rasulullah Dan Khulafa’ Al-Rasyidin : Sanjungan Umat Sepanjang Zaman
Ulasan Buku 2021
Jumlah paparan: 3780
'Rasulullah Dan Khulafa’ Al-Rasyidin : Sanjungan Umat Sepanjang Zaman'- Mohd Sukki Othman
ISBN : 9789834614577
Penerbit: Dewan Bahasa Dan Pustaka
No. Panggilan: DS38.4.U45 S85 2014 c.2
Tahun diterbitkan : 2014
Mukasurat: 163
Url Efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=85515
Pengulas :
EEn. Asmadi Bin Ahmad, Pembantu Pustakawan Kanan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
ISBN : 9789834614577
Penerbit: Dewan Bahasa Dan Pustaka
No. Panggilan: DS38.4.U45 S85 2014 c.2
Tahun diterbitkan : 2014
Mukasurat: 163
Url Efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=85515
Pengulas :
EEn. Asmadi Bin Ahmad, Pembantu Pustakawan Kanan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Rasulullah dan Khulafa’ Al-Rasyidin: sanjungan umat sepanjang zaman merupakan hasil nukilan Mohd Sukki Othman yang menceritakan tentang sirah kehidupan Nabi Muhammad SAW dari permulaan kehidupan nabi sehingga beliau wafat. Di samping itu, digambarkan biodata, keperibadian nabi yang menjadi teladan dan idola serta kisah juga hadis yang menjadi bukti kepimpinan, kehebatan serta kerasulan nabi.
Selain itu, penulis juga turut menceritakan mengenai sahabat nabi yang menjadi khalifah selepas wafatnya nabi iaitu Abu Bakar Al-Siddiq, Umar Bin Al-Khattab, Uthman Bin ’Affan dan Ali bin Abi Talib. Penceritaan lebih tertumpu kepada biodata, sejarah, akhlak, perlantikan sebagai khalifah, ciri-ciri kepimpinan sehingga wafatnya ke empat-empat khalifah agung ini.
Buku ini banyak memberi manfaat dari segi maklumat serta sejarah tentang kepimpinan melalui sifat-sifat serta ketokohan Nabi Muhammad SAW serta khalifah-khalifah yang memerintah selepas wafatnya beliau. Banyak contoh serta tauladan yang boleh diambil dan dipraktikkan dalam pengurusan dan pentadbiran negara sesuai dengan syariat agama Islam.
Dari segi kelebihan buku ini, banyak bukti-bukti kerasulan, kehebatan dan ketokohan kepimpinan yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW sebagai khalifah pertama dunia diikuti dengan para sahabat dalam mentadbir urus negara serta menghadapi peperangan dan ancaman musuh Islam mahupun di dalam atau di luar. Semua ini diceritakan dengan lengkap di dalam buku ini.
Pada pendapat saya, buku ini sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat umumnya kerana di samping kita dapat mengetahui tentang sejarah kerasulan dan kepimpinan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat khalifahnya, kita juga dapat mengetahui sejarah tentang peperangan pada zaman pemerintahan nabi dan 4 khalifah serta cara kepimpinan baginda dalam mentadbir urus negara, kejayaan dan kegemilangan dalam peperangan dan memajukan negara serta susur galur pemerintahan sehingga wafatnya nabi dan para khalifah selepasnya. Semoga kita semua dapat menjadikan kisah nabi sebagai panduan kehidupan yang lebih baik.