Aku Menyelam untuk Hidup 2: Darah , keringat dan air mata
Ulasan Buku 2021
Jumlah paparan: 3848
'Aku Menyelam untuk Hidup 2: Darah , keringat dan air mata'- Ahmad Jamal
ISBN : 9789671591710
Penerbit: RABBANI INTERGRATED
No. Panggilan: GV838.672 .A36 A38 2019
Tahun Diterbitkan: 2019
Mukasurat: 209
Url Efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=96381
Pengulas :
Pn. Noor Azura Omar, Pustakawan Kanan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
ISBN : 9789671591710
Penerbit: RABBANI INTERGRATED
No. Panggilan: GV838.672 .A36 A38 2019
Tahun Diterbitkan: 2019
Mukasurat: 209
Url Efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=96381
Pengulas :
Pn. Noor Azura Omar, Pustakawan Kanan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Buku ini merupakan buku baru dibeli oleh Perpustakaan UMP dengan pembekal baru Rabbani Integrated. Pembelian ini dicadangkan oleh ketua pustakawan atas permintaan pengguna untuk melengkapkan koleksi yang baru dibangunkan oleh Perpustakaan UMP. Illiustrasi kulit buku adalah gambar seperti kartun penyelam. Tertanya juga Kenapa perlu beli buku ini dan beberapa buku untuk siri berkaitan? Tetapi setelah membaca buku ini barulah tahu menarik buku ini untuk dibaca. Ia berkenaan pengetahuan taxit penulis, pengalaman beliau bertugas sebagai penyelam komersil dengan syarikat yang berpengkalan di Singapura. Penggunaan bahasa ringkas yang bersahaja namun ada jargon berkaitan istilah yang digunakan dalam bidang selaman ini.
Di dalam siri 2 ini penulis berkongsi pengalaman beliau sebagai pengendali kebuk mampatan merangkap medik penyelam atau penyelamat dengan syarikat kontraktor Jepun untuk projek membaiki kerosakan kabel bawah laut. Sebagai penyelam professional banyak tips keselamatan untuk symptom penyakit penyelam yang diberikan untuk mengatasi dan merawat kemalangan yang berlaku. Setiap tugasan penulis galas sebagai penyelam untuk setiap projek sememangnya mencabar. Faktor masa, kelengkapan peralatan menyelam, pematuhan arahan adalah penting untuk diutamakan serta kemahiran diri agar tidak berlaku kemalangan jiwa dalam ketidak tentuan melaksanakan tugasan setiap projek penulis.
Sebagai pembaca secara tidak langsung ia memberi pengetahuan tentang menanggani situasi bahaya dalam aktiviti menyelam ini. Sikap professional berjaya ditunjukkan oleh penulis dalam mendapatkan kepercayaan rakan sekerja warga Jepun malah juga dengan pekerja tempatan. Boleh tahu suka dan duka pengalaman penulis sepanjang bertugas demi mencari rezeki untuk keluarga disajikan untuk bacaan pembaca. Menarik buku ini sememangnya disarankan untuk bacaan pembaca. Boleh dapatkan buku ini pada rak terbuka Perpustakaan.