Perubatan cara Nabi pasti sihat

Perubatan cara Nabi pasti sihat

Image
Perubatan cara Nabi pasti sihat '- Imam Jalaluddin as-Suyuthi ; Muhammad Abdullah

ISBN  : 9789670326153
Penerbit  : Kuala Lumpur : Inteam Pub.
No. Panggilan  : BP166.72 .S89 2012
Tahun diterbitkan  : 2012
Muka surat  : 269
URL efind  : http://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=54901

Karya asal Imam Jalaluddin as-Suyuthi yang berjudul, As-Suyuthi’s Medicine of The Prophet ini  ditulis kira-kira hampir lima ratus tahun dahulu. Ianya merupakan huraian dan pengetahuan mengenai pelbagai penyakit jasmani dan rohani, cara mengubati serta ubat-ubatannya. Semua ini dirujuk daripada sumber al-Quran dan hadis. Sabda Nabi SAW: “Allah tidak menciptakan suatu penyakit tanpa menciptakan ubatnya kecuali mati.” Rasulullah SAW juga bersabda: “Salah satu di antara sunnah aku adalah pengubatan.”

Buku ini juga memberi inspirasi bahawa seni perubatan bukan sekadar hasil daripada pengalaman dan nasib baik, ia juga ilmu yang diilhamkan oleh-Nya, yang sesungguhnya merupakan rahmat dan takdir Allah SWT : “Dan apabila aku sakit, maka Dia-lah yang menyembuhkan penyakit aku” (Surah as-Syu’arak: 80)

Kandungan didalam buku ini sangat bersesuaian untuk dijadikan bahan rujukan dan contoh dalam kehidupan seharian kita. Ianya juga menceritakan mengenai diet yang bagus, adab-adab melayan pesakit , cara merawat pelbagai penyakit dan banyak lagi.

Image
Ulasan buku oleh:
Pn. Baizlinda Azlin binti Jasni, Pembantu Pustakawan

Cetak   Emel