Let it Go

Let it Go

Image
'Let it Go' – Reyna Ibrahim

ISBN  : 978-967-2038-17-7
Penerbit : Must Read Sdn. Bhd.
No.Panggilan : BP188.R49 2017 k
Tahun diterbitkan : 2017
Muka surat  : 182
URL efind  : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=89806&query_desc=kw%2Cwrdl%3A%20reyna%20ibrahim

Hari-hari adalah pengorbanan. Melepaskan sesuatu yang amat dekat di hati adalah pengorbanan terbesar seorang insan. "Forget your past, forgive yourself, move on!" Seseorang teman penah berkata, kenapa ujian itu datang dan pergi? Dan kemudiannya datang lagi. Seolah ujian itu hanya untuk orang yang tertentu, dan yang selesa akan terus selesa begitu. Ruang dan peluang itu bukan datangnya membulat dan bergolek, dan ia bukan kesempatan yang mampu dilihat dengan mata kasar. Kita lupa bahawa ujian demi ujian itu adalah ruang. Ujian demi ujian itu adalah kesempatan. Ruang dan kesempatan untuk kita dekat pada-Nya. Untuk kita mengubah diri yang khilaf menjadi insan yang mula memperbaiki dikit demi dikit. Untuk kita belajar mensyukuri nikmat yang jarang terlihat."

Menyedari kekurangan diri, penulis berpendapat wajiblah kita hidup dalam suasana yang berpesan-pesan. Naskhah kali ini adalah naskhah yang terhasil dari perjalanan kehidupan yang terkadangnya lurus dan ada masanya tergelincir juga. Bacalah…bacalah dengan rasa ingin mengubah sesuatu ke arah yang lebih sempurna.

Image
Ulasan buku oleh:
Pn. Neng Sury binti Sulaiman, Pembantu Pustakawan

Cetak   Emel