Hai Darling!

Hai Darling!

“Hai Darling!” – Badrul Hisham Shari

ISBN : 9789830973586
Penerbit : Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
No. Panggilan : HQ10 .B33 2012
Tahun diterbitkan : 2012
Muka surat : 183 p.
URL efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=61903

Ringkasan buku oleh: Pn. Norsaini Abdul Samat, Pembantu Pustakawan Kanan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Image

HAI, DARLING! Sebuah artikel sketsa rumah tangga khas ditujukan buat pasangan veteran atau otai seperti saya. Pengantin lama yang berusaha untuk menghangat dan menyuntik semula nilai-nilai romantik yang kian suram dan menipis dalam rumah tangga. Makin jauh usia perkahwinan, makin luput kata-kata dan panggilan manis seperti zaman awal perkahwinan dulu. Tiada lagi panggilan “sayang”, makin lenyap ungkapan “I love you” dan sebagainya. Kalau dulu, kata-kata manis sentiasa basah di bibir, tetapi segalanya beransur hilang dengan kehadiran anak-anak dan kesibukan sehari-hari.

Hasil tulisan dan lukisan yang dihasilkan merupakan adaptasi daripada koleksi ruangan ‘Sketsa Rumah Tangga’ yang pernah diterbitkan di dalam majalah Anis sejak beberapa tahun yang lalu dan diberi nafas lebih segar sesuai dengan penampilan buku ini.
Kisah yang dinukilkan merangkumi kisah suami, isteri, anak-anak, ibadah dan juga kehidupan yang diadun dengan bahasa yang cukup santai dan bersahaja.

Kisah dalam buku ini padat dengan panduan serta mesej yang sangat berguna. Penulis turut menyelitkan unsur sinis, humor dan ilustrasi yang sangat mencuit hati dan terkesan pada diri. Dalam mengkritik ada mendidik. Dalam mengena ada seloka. Dalam menempelak ada melawak. Dalam mencubit ada menggeletek.

“Betapa tidak seriusnya kita dengan solat. Betapa cuai dan main-mainnya kita terhadap ibadah solat. Bayangkan, usia kita sudah semakin sampai ke penghujung, tapi kualiti solat kita masih macam budak tadika.” 

Petikan ayat ini sangat berbekas di dalam diri saya. Dan saya pasti, juga kepada anda yang membaca.

Dengan gaya bahasa yang bersahaja dan bersulamkan kartun yang bermesej, buku ini amat sesuai dan dekat dengan semua golongan suami isteri, ibu bapa dan anak-anak.

 


Cetak   Emel