Program Sokongan Penyelidikan Perpustakaan: Make Your Research Life Easy with Mendeley - 6 Mac 2024

Program Sokongan Penyelidikan Perpustakaan: Make Your Research Life Easy with Mendeley - 6 Mac 2024

Umum mengetahui bahawa Mendeley sebagai salah satu alat mengurus rujukan yang penting terutamanya kepada pelajar pascasiswazah, perpustakaan telah mengambil inisiatif menjemput seorang pelajar PhD dari Fakulti Pengurusan Industri untuk berkongsi pengalaman dan amalan terbaik penggunaan Mendeley. Encik Haziman Bin Zakaria merupakan Mendeley Advisor sejak tahun 2022. Beliau aktif dalam memberikan perkongsian penggunaan Mendeley di beberapa institusi pendidikan.

Program yang berlangsung pada 6 Mac 2024 selama 2 jam bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari di Makmal Komputer, Perpustakaan Gambang. Seramai 30 orang peserta telah menghadiri program ini yang terdiri daripada pelajar pascasiswazah dari pelbagai fakulti. Objektif utama program ialah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada peserta tentang kelebihan dan kegunaan Mendeley dalam penulisan artikel jurnal, mendorong peserta menggunakan Mendeley sebagai alat bantu dalam pengurusan rujukan dan penulisan akademik.
Image
Image
Sepanjang program ini, peserta telah diberikan pendedahan mengenai penggunaan Mendeley untuk menyimpan, menyusun dan berkongsi rujukan dengan mudah. Encik Haziman turut menyediakan latihan yang perlu diselesaikan oleh peserta. Peserta yang berjaya menyelesaikan tugasan turut menerima cenderahati menarik.

Sesi perkongsian penggunaan Mendeley ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada peserta dalam penulisan artikel jurnal dan tesis. Di samping itu, program ini juga diharap dapat memupuk budaya saling berkongsi ilmu dan pengetahuan di kalangan pelajar yang telah memiliki pengalaman dalam menghasilkan penulisan serta penerbitan ilmiah yang berkualiti tinggi.
Image
Disediakan oleh:


Pn. Affida Abu Bakar
Pustakawan Kanan
Unit Pendidikan & Penyelidikan
Disunting oleh:


Cik Amelia Hasan
Pustakawan Kanan

Cetak   Emel