Program “Know Your Library”: Inisiatif Baharu Perpustakaan mendekati pelajar UMPSA : 5-8 Mac 2024

Program “Know Your Library”: Inisiatif Baharu Perpustakaan mendekati pelajar UMPSA : 5-8 Mac 2024

8 Mac 2024 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menerima kemasukan pelajar baharu dan sedia bagi semester II 2023/2024. Bagi menyantuni/mendekati pelajar baharu tersebut, Perpustakaan telah mengambil inisiatif untuk mengadakan program “Know Your Library” bagi pelajar yang hadir ke perpustakaan bermula 5 Mac sehingga 8 Mac 2024.

Program “Know Your Library” ini telah diadakan secara serentak di Lobi Perpustakaan UMPSA Pekan dan Gambang dan diselia oleh staf Unit Pendidikan & Penyelidikan (UPeN). Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan ringkas berkenaan perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan Perpustakaan. Perkhidmatan seperti, kelas pendidikan pengguna, platform utama pencarian bahan perpustakaan seperti katalog perpustakaan (eFind), UMPSA Institutional Repository (UMPSA-IR), UMPSA Library Electronic Collection (eColLib), e-Exam, portal perpustakaan dan lain-lain lagi.
Image
Image
Sambutan daripada para pelajar amat menggalakkan, soalan-soalan seperti waktu operasi perpustakaan, penggunaan ruang di Bilik 24 jam, penggunaan Mendeley & Turnitin untuk pelajar tahun ketiga dan pascasiswazah dan juga kaedah pencarian bahan di pangkalan data menggunakan EzProxy.

Cenderamata diberikan kepada pengunjung bertuah yang menyertai program ini sebagai tanda penghargaan dan sokongan. Pelajar-pelajar digalakkan untuk mengikuti platform media sosial Perpustakaan seperti Facebook, Instagram, TikTok, Telegram dan WhatsApp. Setiap maklumat terkini berkaitan aktiviti dan program Perpustakaan akan disiarkan dan dimaklumkan di dalam platform media sosial Perpustakaan selain daripada saluran rasmi seperti emel dan eCommunity UMPSA.

Diharapkan objektif program “Know Your Library” tercapai dan para pelajar baharu dan sedia ada mendapat manfaat melalui perkongsian maklumat yang diberikan. Perpustakaan UMPSA sentiasa mengalu-alukan kehadiran semua pengguna dalam menyokong pendidikan dan penyelidikan universiti.
Disediakan oleh:


Pn. Nor Ashikin Ahmad,
Pustakawan Kanan
Disunting oleh:


Cik Amelia Hasan,
Pustakawan Kanan

Cetak   Emel