Perasmian Hub-Digital Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah di Perpustakaan UMPSA Gambang - 14 Januari 2025
Pada 14 Januari 2025, Hub-Digital Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah dirasmikan Prof. Madya Dr. Mohamed Ariff Ameedeen, Ketua Pegawai Maklumat (CIO) dan Cik Hajah Kamariah Binti Gono, Ketua Pustakawan dan Dato’ Mohd Ghazali Bin Isa, Pengarah HP PPS Sales Sdn Bhd, selaku penaja utama.
Hub-Digital yang berjumlah RM80,000 ini, akan beroperasi di Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, kampus Gambang dan ia merupakan langkah penting ke arah merealisasikan aspirasi universiti dalam mendepani cabaran era Revolusi Industri 4.0. Antara peralatan yang disumbangkan adalah 4 set HP Desktop Elite SFF 805 G9 dengan monitor, tetikus, papan kekunci, set kerusi, meja, kabinet, TV 55 inci, dan printer HP Smart Tank 720.
Dalam ucapan Prof. Madya Dr. Mohamed Aiff Ameedeen, beliau menyatakan bahawa Hub-Digital yang diterima ini, adalah ekosistem digital yang lengkap dan pemangkin kepada peningkatan kualiti penyelidikan dan inovasi, pembudayaan pembelajaran digital di kalangan warga kampus dan penghasilan graduan yang kompetitif.
Menurut En. Mohd Ghazali, penyediaan makmal HP AMD melibatkan kepakaran dalam teknologi digital dan bersedia menghadapi cabaran dunia digital yang pesat berkembang. Usaha ini bukan sahaja mencerminkan kerjasama strategik antara industri dan akademia, tetapi juga menzahirkan komitmen terhadap pembangunan teknologi dan inovasi.
Komitmen ini diharapkan dapat memperkasakan generasi masa depan melalui penerapan teknologi canggih, selain mendorong inovasi, meningkatkan kreativiti, dan memacu kecemerlangan akademik.
Disediakan oleh:
Cik Ratna Wilis Haryati Mustapa,
Pembantu Pustakawan Kanan Tertinggi
Disunting oleh:
Cik Amelia Hasan,
Pustakawan Kanan