Knowledge Café Metode dan Aplikasi Padlet bagi Bengkel Pemurnian Perpustakaan “Memaju Kecemerlangan Kelestarian Perkhidmatan Perpustakaan Masa Hadapan” - 28 Nov 2024

Knowledge Café Metode dan Aplikasi Padlet bagi Bengkel Pemurnian Perpustakaan “Memaju Kecemerlangan Kelestarian Perkhidmatan Perpustakaan Masa Hadapan” - 28 Nov 2024

Pada 28 November 2028, Perpustakaan Universiti Malaysia Al-Sultan Abdullah telah mengadakan Bengkel Pemurnian Perpustakaan “Memaju Kecemerlangan Kelestarian Perkhidmatan Perpustakaan Masa Hadapan” di Swiss- Bel Hotel, Kuantan. Bengkel tersebut berlangsung di Swiss 1, Aras 3A, Swiss-Bel Hotel, seramai 51 orang staf Perpustakaan, UMPSA telah menghadiri bengkel tersebut.

Dalam ucapan aluan, Ketua Pustakawan UMPSA, Cik Hajah Kamariah Gono, menyatakan bahawa antara objektif utama bengkel ini adalah:

  • Membincangkan strategi inovatif perpustakaan yang selaras dengan kehendak serta keperluan universiti.
  • Menjana idea bagi memastikan kelestarian dan kecemerlangan perkhidmatan perpustakaan pada masa hadapan.
  • Mengenal pasti trend baharu dalam perkhidmatan perpustakaan.
  • Merancang peruntukan sumber berdasarkan hasil bengkel.

Seterusnya Cik Amelia binti Hasan Ketua Unit Pengurusan Ilmu selaku Fasilitator telah memberi penerangan mengenai metode dan perjalanan bengkel. Bengkel kali ini menggunakan metode Knowledge Café dan penggunaan aplikasi Padlet sebagai pemudahcara. Pendekatan ini menjimatkan masa kerana Padlet memudahkan pengumpulan idea serta maklumbalas adalah lebih pantas dan efisien.

Image
Image

Salah seorang peserta bengkel En. Mohd Fakhrurrazi bin Adnan dari Bahagian Pengurusan Pengguna (BPP) berpendapat Perpustakaan sebagai pusat rujukan dan penyebaran ilmu dan perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh pengguna. Beliau menambah, sebagai peneraju Perpustakaan seharusnya memikirkan idea-idea baru agar kekal relevan dan berdaya saing di masa hadapan.


En. Syed Mohd Faiz bin Syed Abdul Aziz dari Bahagian Pengurusan Ilmu dan Digital pula mengucapkan terima kasih kerana bengkel ini telah menyediakan ruang dan peluang bagi pihak Perpustakaan mendengar pandangan serta cadangan peserta bagi penambahbaikan dalam pengurusan Perpustakaan.


Para peserta berpendapat, bengkel berkonsep Knowledge Café dan penggunaan aplikasi Padlet dalam perbincangan adalah satu konsep baharu dalam menyampaikan dan membincangkan idea dengan berkesan.


Bengkel tersebut diakhiri dengan rumusan yang dibentangkan sendiri oleh Ketua Pustakawan UMPSA. Hasil bengkel akan dikumpul dan dinilai untuk perancangan perpustakaan bagi tahun 2025 dan seterusnya.

Image
Image

Disediakan oleh:

haryatiCik Ratna Wilis Haryati Mustapa,
Pembantu Pustakawan Kanan Tertinggi

Disunting oleh:

Amelia2Cik Amelia Hasan,
Pustakawan Kanan


Cetak   Emel