Catalyst Perpustakaan UMPSA  terima Anugerah Harapan dan Penarafan Perak sempena Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Horizon Baharu Kali Ke-2 tahun UMPSA 2024 - 15 Nov 2024

Catalyst Perpustakaan UMPSA terima Anugerah Harapan dan Penarafan Perak sempena Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Horizon Baharu Kali Ke-2 tahun UMPSA 2024 - 15 Nov 2024

Bermula 13 November 2024 hingga 15 November 2024, Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menyertai Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif Horizon Baharu anjuran Bahagian Jaminan Kualiti, Pusat Pengurusan Strategik dan Kualiti (PPSK) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA). Bertempat di Dewan Serbaguna, UMPSA, Kampus Pekan, seramai 21 kumpulan dari pelbagai jabatan dan pusat telah bertanding dalam Konvensyen KIK kali ini.

Terdapat 4 Kategori Anugerah yang disediakan oleh penganjur. Antara anugerah tersebut adalah Anugerah Khas Juri, Anugerah Persembahan Terbaik, Anugerah Buku Projek Terbaik, Anugerah Harapan, Pemenang Tempat Ketiga, Naib Johan dan Johan. Selain itu juga terdapat 4 Anugerah yang dipilih oleh penonton yang hadir iaitu Anugerah Kumpulan Popular, Anugerah Montaj Terbaik, Anugerah Prop Persembahan Terbaik dan Anugerah Slaid Terbaik.

Image
Image

Kumpulan Catalyst telah berjaya merangkul Anugerah Harapan selain menerima Anugerah Penarafan PERAK. Perpustakaan, yang diwakili oleh kumpulan Catalyst terdiri daripada 7 orang ahli, telah membentangkan projek bertajuk ‘Sistem Tempahan Ruang yang Tidak Bersepadu’ pada 14 November 2024.

Bagi mengatasi masalah yang dikenal pasti dalam projek tersebut, satu sistem dalaman telah dibangunkan bermula pada Jun 2023, iaitu Sistem Tempahan Ruang Atas Talian atau Library Online Reservation System (LOReS), yang mula digunakan pada Mac 2024.

Data yang dikumpulkan oleh Catalyst menunjukkan impak pengurangan dari segi masa, serta penjimatan dari segi kos pembangunan kerana ianya adalah sistem yang dibangunkan mengikut keperluan Perpustakaan, oleh staf Perpustakaan sendiri.

Tahniah diucapkan kepada En. Nazri bin Kamis (Ketua), Pn, Nor Nadia Shahida binti Zakria, En. Mohd Ariffin bin Abdul Aziz, En. Mohd. Fazaldin bin Abdul Latif, En. Izuddin bin Izhab@Baharom, Cik Ratna Wilis Haryati binti Mustapa dan Pn. Faizatul Nadia binti Mohd Amran atas kejayaan mereka sebagai ahli Catalyst. Penghargaan yang tidak terhingga juga diberikan kepada Fasilitator Catalyst, Cik Amelia binti Hasan atas komitmen dan pencapaian Catalyst Perpustakaan UMPSA.

Penganugerahan ini menjadi pemangkin bagi kumpulan KIK Perpustakaan untuk meraih kemenangan dan anugerah yang lebih besar pada masa akan datang. Bagi membuat tempahan ruang, pengguna dalaman dan luar boleh membuat tempahan melalui portal Perpustakaan UMPSA di https://shorturl.at/vSJmn.

Image
Image

Disediakan oleh:

haryatiCik Ratna Wilis Haryati Mustapa,
Pembantu Pustakawan Kanan Tertinggi

Disunting oleh:

Amelia2Cik Amelia Hasan,
Pustakawan Kanan


Cetak   Emel