Terapi jus untuk mengatasi penyakit reumatik dan gout
Ulasan Buku 2022
Jumlah paparan: 3005
Terapi jus untuk mengatasi penyakit reumatik dan gout - Prapti Utami ; adaptasi Syahira Sharbani
ISBN :9831974212
Penerbit : Synergy Media Books
No. Panggilan : RC629 .U83 2006
Tahun diterbitkan : 2006
Muka surat :55 p.
URL efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=33805
Ringkasan buku oleh: Shahril Bin Johari, Pembantu Pustakawan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
ISBN :9831974212
Penerbit : Synergy Media Books
No. Panggilan : RC629 .U83 2006
Tahun diterbitkan : 2006
Muka surat :55 p.
URL efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=33805
Ringkasan buku oleh: Shahril Bin Johari, Pembantu Pustakawan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Buku ini ditulis oleh Prapti Utami dan diadaptasi oleh Syahira Sharbani. dr. Prapti Utami lahir di Wonosobo Jawa Tengah, 30 April 1970. Penulisan penulis banyak berkisar tentang herba, mendirikan tanaman ubat Keluarga "Sekar Utami". Cita-cita penulis adalah untuk memasyarakatkan tanaman ubat kepada semua orang. Buku ini amat sesuai dibaca kerana mempunyai banyak gambar dan ilustrasi berwarna beserta penerangan yang ringkas dan padat, amat sesuai untuk rujukan pesakit dan juga perawat di rumah. Penulis menyenaraikan beberapa jenis rawatan menggunakan jus yang penuh dengan khasiat dan amat sesuai diamalkan untuk meredakan rasa sakit dan sengal yang disebabkan oleh penyakit reumatik (gout). Penyakit reumatik ini juga adalah sejenis penyakit yang mudah menyerang apabila kita tidak mengamalkan pemakanan yang sihat dan tidak terkawal. Dengan penggunaan jus buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai minuman , ia dapat membantu dan merawat masalah penyakit ini.
Jus buah-buahan dan sayur-sayuran yang disediakan mengandungi pelbagai jenis vitamin dan garam mineral yang dapat membantu mengembalikan fungsi sendi atau otot yang sakit . Jus ini juga adalah dari bahan semulajadi yang tidak meninggalkan sebarang kesan sampingan.
Terapi jus merupakan alternatif rawatan yang digunakan dengan mengamalkan rawatan dan minuman yang konsisten yang di perolehi daripada ekstrak buah-buahan, sayur-sayuran yang berkhasiat dan bertenaga . Semoga dengan adanya ramuan tradisional ini, kita dapat mengekalkan kesihatan di tahap yang terbaik.
Selamat membaca dan mencuba.