Mahasiswa jutawan
Ulasan Buku 2022
Jumlah paparan: 3216
Mahasiswa jutawan – Lutfi Latif
ISBN : 9789673882571 (pbk.)
Penerbit : Telaga Biru
No. Panggilan : HG179 .L88 2016
Tahun diterbitkan : 2016
Muka surat : 91
URL efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=88094
Pengulas:
Rosfadilla Binti Mohamad Zainun. Penolong Pustakawan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
ISBN : 9789673882571 (pbk.)
Penerbit : Telaga Biru
No. Panggilan : HG179 .L88 2016
Tahun diterbitkan : 2016
Muka surat : 91
URL efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=88094
Pengulas:
Rosfadilla Binti Mohamad Zainun. Penolong Pustakawan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Semua orang ingin menjadi jutawan. Namun, bagaimana dengan mahasiswa yang masih belajar mampu menjadi jutawan? Persoalan inilah yang dirungkaikan oleh penulis di dalam buku setebal 91 muka surat ini. Buku terbitan Telaga Biru Sdn Bhd ini dimulai dengan kata aluan pengarang yang menjelaskan tujuan buku ini dihasilkan iaitu penulis ingin berkongsi idea tentang kewangan kepada mahasiswa agar dapat meneruskan kehidupan dan terus berusaha meningkatkan pendapatan dari masa ke semasa. Buku ini mengandungi 6 buah bab dan setiap bab ditulis secara santai yang selari dengan diri penulis sebagai mahasiswa.
Bab pertama dan kedua buku ini dibuka dengan penulis berkongsi tentang teknik perancangan dan pengurusan kewangan kepada mahasiswa. Matlamat kewangan jangka pendek, sederhana dan panjang perlu ditetapkan pada peringkat permulaan. Mahasiswa perlu mempunyai sikap peduli atas kewangan diri dengan menyemak sumber pendapatan dan perbelanjaan agar mahasiswa dapat menilai samada status kewangan dalam keadaan stabil atau tidak. Penulis juga mengingatkan mahasiswa agar menambah ilmu pengetahuan dengan banyak membaca buku tentang kewangan dan mempelajari serta mencontohi tokoh kewangan dalam menguruskan kewangan. Dalam mengurus kewangan, mahasiswa perlu mempunyai wang kecemasan bagi menyara kehidupan dan perlu berjimat dalam berhibur serta menggunakan kad debit dengan bijak dan pada perkara yang perlu sahaja. Elakkan membuat hutang dan kurangkan aktiviti luar rumah kerana dapat membantu menjimatkan wang sekaligus mengurangkan risiko kebocoran wang.
Dalam bab ketiga dan keempat buku ini, penulis berkongsi tentang teknik pelaburan kewangan dan menambah pendapatan. Salah satu cara untuk menggandakan wang adalah melalui pelaburan tetapi mahasiswa perlu mempunyai ilmu tentang pelaburan. Antara ilmu berkaitan pelaburan adalah tidak melaburkan semua wang, pelbagaikan pelaburan dan mengetahui tahap risiko pelaburan. Di dalam buku ini juga, penulis mengingatkan mahasiswa agar mengisi masa terluang dengan bekerja. Banyak pekerjaan sampingan yang boleh dilakukan iaitu berniaga kecil-kecilan, menjadi penulis, jurugambar dan penterjemah.
Dalam bab kelima dan keenam, penulis memfokuskan tentang teknik berjimat cermat dan kewangan dalam Islam. Gaya hidup berkait rapat dengan penjimatan dan mahasiswa disarankan agar memilih gaya hidup sederhana yang sesuai sebagai seorang pelajar. Beberapa teknik berjimat cermat dikongsi oleh penulis dan penulis juga menekankan agar tabiat yang baik akan menjadikan pengurusan kewangan mahasiswa menjadi lebih baik.
Secara kesimpulannya, buku ini digarap dengan baik dari konteks kaca mata seorang mahasiswa yang juga merupakan penulis buku ini. Idea dan teknik yang mudah dilontarkan agar para pembaca bersedia untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik. Penulis juga berkongsi tentang pengalaman sendiri apabila berhadapan dengan pengurusan kewangan. Gaya bahasa yang cukup santai memudahkan para pembaca memahami sekaligus menjadikan perkongsian ini sebagai panduan dalam kehidupan harian. Buku ini wajar dibaca bukan sahaja oleh golongan mahasiswa tetapi juga sesuai untuk bacaan umum sebagai permulaan untuk mengetahui tentang pengurusan kewangan dalam kehidupan seharian.