Istimewanya Puasa Wanita: Soal Jawab Puasa; Mendidik Wanita Celik Hukum
Ulasan Buku 2022
Jumlah paparan: 3127
Istimewanya Puasa Wanita: Soal Jawab Puasa; Mendidik Wanita Celik Hukum - Farah Aisyah Ahmad, Abdul Hakim Othman
ISBN : 9789673882434
Penerbit : Telaga Biru Sdn. Bhd.
No. Panggilan : BP184.5 F37 2016
Tahun diterbitkan : 2019
Muka surat : 90 p.
URL efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=87153
Ringkasan buku oleh: Noor Fateeha Mohamad, Pembantu Pustakawan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
ISBN : 9789673882434
Penerbit : Telaga Biru Sdn. Bhd.
No. Panggilan : BP184.5 F37 2016
Tahun diterbitkan : 2019
Muka surat : 90 p.
URL efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=87153
Ringkasan buku oleh: Noor Fateeha Mohamad, Pembantu Pustakawan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Buku ini berkisar tentang merungkai persoalan atau kemusykilan yang sentiasa berlegar-legar dalam kalangan wanita mengenai hukum hakam hal-hal berkaitan puasa. Umumnya, seluruh masyarakat Islam mengetahui apa itu ibadah puasa tetapi terdapat permasalahan wanita yang sering timbul apabila tibanya bulan ramadan kerana tidak mendapat jawapan yang betul-betul meyakinkan bagi masalah tersebut.
Antara permasalahan wanita yang sering timbul adalah berkaitan haid, nifas dan istihadah iaitu sekiranya dalam keadaan istihadah, wajib ataupun tidak untuk menunaikan solat dan puasa. Manakala bolehkah wanita mengambil pil tahan haid supaya mereka dapat menunaikan ibadah puasa selama sebulan. Kemudian, kemusykilan yang sering berlaku adalah mengenai cara menggantikan puasa bagi wanita hamil atau ibu menyusu. Selain itu, kemusykilan terhadap perkara berkaitan waktu sering terjadi iaitu sah atau tidak puasa apabila wanita tersebut menyedari didatangi haid selepas selesai berbuka puasa. Antara kemuskilan lain ialah perkara berkaitan niat. Niat sangat penting kerana rukun puasa adalah niat tetapi bolehkah kita memasangkan niat dalam keadaan tidak pasti tentang hari esok. Terdapat banyak lagi kemusykilan hukum hakam yang didedahkan didalam buku ini.
Bagi menyelesaikan segala permasalahan ini, penulis menerangkan dalam bentuk soal jawab iaitu soalan beserta jawapan. Jawapan yang diberikan pula sangat jelas dan mudah difahami dengan mengemukakan dalil seperti Firman Allah, hadith serta pendapat mengikut mazhab dan seterusnya membuat kesimpulan dengan mencari pendapat yang paling tepat antara banyak pendapat. Sesungguhnya masyarakat Islam khususnya wanita perlu berusaha menuntut ilmu dalam mencari jawapan yang benar dalam hukum puasa bagi mengelakkan kesilapan yang sama berulang.