Dajjal di Segitiga Bermuda
Ulasan Buku 2022
Jumlah paparan: 4022
Dajjal di Segitiga Bermuda – Muhamad Isa Dawud
ISBN : 9709675390224
Penerbit : Hijjaz Record Pulishing
No. Panggilan : BP 66.8 .D39 2016
Tahun diterbitkan : 2016
Mukasurat : 208
Url Efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=83761
Pengulas :
En. Shamsor Masra Bin Othman, Pembantu Pustakawan Kanan Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
ISBN : 9709675390224
Penerbit : Hijjaz Record Pulishing
No. Panggilan : BP 66.8 .D39 2016
Tahun diterbitkan : 2016
Mukasurat : 208
Url Efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=83761
Pengulas :
En. Shamsor Masra Bin Othman, Pembantu Pustakawan Kanan Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Buku ini mengemukakan secara terperinci mengenai hubungan Dajjal dengan Segitiga Bermuda dan Piring Terbang. Ia juga membongkar pelbagai strategi dan fitnah yang digunakan oleh Dajjal dan kuncu-kuncunya bagi menakluki dunia. Dajjal muncul dari Segitiga Bermuda bukan buku bacaan santai yang sekadar dibaca bagi mendapatkan pengetahuan am tentang Dajjal. Sebaliknya, buku ini harus dijadikan persediaan dalam menghadapi zaman-zaman kegelapan menjelang kemunculannya.
Munculnya Dajjal adalah zaman kegelapan kepada kehidupan manusia yang beriman dan beramal soleh tetapi manusia-manusia yang mengikuti arahan dan ikut tunjuk Dajjal maka meraka semuanya berasa megah dan bangga. Wujudnya Dajjal adalah untuk memporak-perandakan manusia terutamaya yang beriman kepada Allah dan ajarannya. Dajjal bukanlah syaitan akan tetapi caranya itu ibarat syaitan kerana ingin menyesatkan manusia dan membawa kemungkaran serta kebinasaan.
Ada pelbagai teori yang mengatakan bahawa di Segitiga Bermuda adalah merupakan letakknya kerajaan iblis/syaitan dan ada juga yang percaya lokasi tersebut tempat munculnya atau keluarnya Dajjal nanti. Kalau mengikut kajian sains pula mengatakan bahawa lokasi atau tempat tersebut merupakan magnet bumi atau tempat penarikan benda-benda atau sesuatu objek yang menghampiri lalu di sedut ke dalamnya. Ini dibuktikan oleh bukti-bukti yang dijumpai oleh pengkaji atau penyelam di kawasan tersebut.
Sebagai orang-orang yang beriman kita percaya Dajjal akan muncul dan kemunculan Dajjal akan disambut meriah oleh orang-orang kafir serta pengikutnya serta menandakan bahawa dunia ini sudah berada di akhir zaman dan kita sebagai orang islam akan menunggu turunnya nabi Isa a.s. yang dikatakan akan membunuh Dajjal serta pengikut-pengikutnya.
Semoga Allah terus memelihara semua Muslim agar kekal dalam hidayah dan tali keimanan sekaligus menyelamatkan kita daripada fitnah besar yang amat dahsyat di akhir zaman ini.
Buku ini amat sesuai dibaca oleh segenap lapisan masyarakat. Isi kandungannya yang lengkap serta mudah difahami, bahasa dan penyampaiannya juga dapat memberi inpirasi kepada pembaca. Semoga buku ini akan dapat memberi manfaat kepada kita semua. InsyaAllah.