Calon Penghuni Syurga
Ulasan Buku 2022
Jumlah paparan: 3045
Calon Penghuni Syurga - Prof Madya Rasid Muhamad
ISBN :9789678604734
Penerbit : Grup Buku Karangkraf
No. Panggilan : BP188.15 .R37 2015
Tahun diterbitkan : 2015
Muka surat : 293 p.
URL efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=87896
Ringkasan buku oleh: Rizal Bin Ramly, Jurukteknik Komputer
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
ISBN :9789678604734
Penerbit : Grup Buku Karangkraf
No. Panggilan : BP188.15 .R37 2015
Tahun diterbitkan : 2015
Muka surat : 293 p.
URL efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=87896
Ringkasan buku oleh: Rizal Bin Ramly, Jurukteknik Komputer
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Umur atau usia adalah satu bentuk anugerah yang diberikan oleh Allah SWT kepada setiap hambaNya. Semakin panjang umur seseorang hamba, maka semakin banyak pula amalan yang akan dihisab di akhirat kelak. Di sana juga akan diperlihatkan balasan syurga atau neraka. Pastinya kita amat mengharapkan pengakhiran hidup yang baik atau husnul khotimah. Sudah tentunya untuk beroleh balasan atau tempat di syurga.
“Calon Penghuni Syurga” hasil karya Prof Madya Rasid Muhamad ini sarat dengan isi kandungan yang menarik. Antaranya ialah tentang bagaimana kita harus menjalani kehidupan sebagai hambaNya, pengabdian diri dengan melaksanakan suruhanNya, serta meninggalkan laranganNya. Perkara seperti ini akan menjadi penentu untuk melayakkan kita menjadi calon penghuni syurga, tempat yang sedia menanti dan kekal abadi.
Secara jujurnya saya berpendapat, buku ini sesuai dijadikan bahan bacaan bagi segenap lapisan masyarakat kerana isi kandunganya yang kaya dengan nasihat dan pengajaran. Tidak lupa juga bait-bait pantun yang menambah nilai gaya bahasa penyampaian. Semoga kita semua akan menjadi calon penghuni syurga.