Suri Hati Mr Husband
Ulasan Buku 2021
Jumlah paparan: 3303
'Suri Hati Mr Husband'- Nur Solihah Ibrahim
ISBN : 9789672038368
Penerbit: Pts Millennia Sdn. Bhd
No. Panggilan: BP188.18.W65 S65 2017 k c.2
Tahun Diterbitkan: 2017
Mukasurat: 228
Url Efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=89843
Pengulas :
Pn. Rozati Razali, Pembantu Pustakawan Kanan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
ISBN : 9789672038368
Penerbit: Pts Millennia Sdn. Bhd
No. Panggilan: BP188.18.W65 S65 2017 k c.2
Tahun Diterbitkan: 2017
Mukasurat: 228
Url Efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=89843
Pengulas :
Pn. Rozati Razali, Pembantu Pustakawan Kanan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Bak kata Prof. Muhd Kamil Ibrahim, “Pada asalnya buku ini kelihatan tidak mustahak. Namun apabila membaca dengan tekun dan teliti, ia memberi satu pilihan besar kepada wanita akhir zaman”.
Buku ini adalah perkongsian pengalaman Puan Solihah Ibrahim melalui perjalanan sebagai surirumah setelah melepaskan jawatan sebagai penjawat awam. Bukan mudah hendak membuat pengorbanan yang besar tetapi diatas keazaman untuk berbakti pada keluarga dengan lebih baik, beliau sanggup memilih jalan yang sukar.
Buku ini sangat penting untuk dibaca oleh suri yang sedang mencari kekuatan untuk menjalankan tanggungjawab kepada keluarga sebaik mungkin dan juga merupakan panduan yang bagus untuk mereka yang merancang untuk melepaskan slip gaji mahupun yang sudah berjaya melepaskan namun masih mencari-cari kekuatan.
Malahan buku ini juga bacaan yang bagus untuk suri bekerjaya kerana mindset yang ditanamkan itu amat penting untuk dipegang oleh semua suri rumah.
Melalui buku ini kita dapat menyelami tekad beliau dalam berkorban melepaskan gaji setiap bulan demi keluarga yang tersayang. Beliau mampu mengajar anak2 menghafaz Al-Quran di rumah dan membuat program cinta Al-Quran untuk anak-anak jiran malah mampu menghafaz Al-Quran sehingga berjaya menang hadiah menunaikan umrah. Ia sesuatu yang sukar diterjemahkan oleh akal manusia namun hidayah Allah tiada siapa yang dapat menyangkalnya.
Namun, Kehidupan setiap orang tidak sama. Ada yang mampu menjalankan tanggungjawab sebagai pekerja dan suri dalam satu masa yang sama. Ada yang mahu menjadi suri namun keadaan yang tidak mengizinkan. Walau apa pun percayalah Allah adalah sebaik-baik perancang.