Motivasi gaya Rasulullah

Motivasi gaya Rasulullah

'Motivasi gaya Rasulullah'- Mohd Khairul Nizam Zainan Nazri

ISBN : 9789674110239
Penerbit: PTS Millennia
No. Panggilan: BF503 .K43 2012
Tahun diterbitkan : 2012
Mukasurat: 134
Url Efind : http://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=62101

Pengulas :
En. Nazri Kamis, Pembantu Pustakawan Kanan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Image
Menjadikan Rasulullah sebagai sumber rujukan dan motivasi merupakan satu contoh yang terbaik untuk semua orang khususnya umat islam.

Teknik-teknik motivasi dari Rasulullah yang begitu unik sekali kerana mengandungi pelbagai unsur- unsur hukuman serta ganjaran yang dilakukan melalui buku ini diharap kita semua dapat mengamalkan cara hidup nabi. Semoga kita semua mendapat sumber bimbingan yang terbaik dalam kehidupan.

Dalam Al-Quran terdapat ayat-ayat mengenai ganjaran dan balasan daripada Allah, Nabi Muhammad S.A.W. menjadikan ayat-ayat Al-Quran sebagai sumber utama untuk memotivasikan para sahabat. Dengan menggunakan konsep pahala dan dosa, balasan syurga dan neraka memberi dorongan kepada para sahabat melakukan kebaikan dan meninggalkan keburukan sehingga mampu membentuk umat islam yang taat dan yakin kepada Allah.

Cara motivasi Rasulullah adalah sangat berkesan kepada para sahabatnya, jadi terhasilnya umat islam hari ini sehingga melahirkan umat islam yang beriman, berakhlak dan berkualiti. Kita sangat bersyukur kerana kita hadir daripada usaha motivator terulung Nabi Muhammad S.A.W. semoga kita sentiasa termotivasi dengan peninggalan baginda iaitu Al-Quran dan Hadis.

Cetak   Emel