Melakar Damai Di Jiwa
Ulasan Buku 2021
Jumlah paparan: 3359
'Melakar Damai Di Jiwa'- Pahrol Mohd Juoi
ISBN : 9789673883394
Penerbit: Telaga Biru.
No. Panggilan: BP188 .P347 2017
Tahun Diterbitkan: 2017
Mukasurat: 243
Url Efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=88655
Pengulas :
Cik Nurulaida Binti Abdul Shukor, Pembantu Pustakawan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
ISBN : 9789673883394
Penerbit: Telaga Biru.
No. Panggilan: BP188 .P347 2017
Tahun Diterbitkan: 2017
Mukasurat: 243
Url Efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=88655
Pengulas :
Cik Nurulaida Binti Abdul Shukor, Pembantu Pustakawan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Adakah anda sedang tercari-cari damai di hati dan jiwa? Ini bahan bacaan yang sesuai untuk anda. Buku hasil tulisan penulis dan pendakwah yang hebat ini merangkumi banyak aspek kehidupan yang kita sendiri pun mungkin tidak pernah memberi perhatian yang khusus.
Terdapat empat bab yang disentuh oleh penulis dalam penulisannya iaitu:
1. Mendidik pembaca mencapai ketenangan hidup melalui maaf.
Untuk membuang rasa benci di dalam hati adalah dengan cara memberi maaf. Memaafkan orang lain adalah seperti memaafkan diri sendiri. Memberi maaf adalah antara ciri-ciri orang yang beriman. Terdapat banyak manfaat daripada memberi maaf antaranya ialah mendapat keampunan Allah, mendapat pahala sunah Rasulullah dan menikmati ketenangan diri. Meminta maaf lebih mudah diucapkan terutama apabila menyedari diri sedang melakukan kesalahan. Oleh itu, didiklah hati dengan sering memberi maaf supaya hati menjadi lebih tenang.
2. Mendorong pembaca “mengenal” semula figura yang bergelar ayah.
Ayah merupakan ketua keluarga. Ayah akan dipertanggungjawabkan dan menerima hukuman sekiranya tidak mendidik dan memimpin keluarganya dengan baik. Ayah merupakan individu yang paling berpengaruh dalam keluarga. Setiap kata-kata, tindakan, keputusan bahkan diamnya sendiri akan memberi impak yang besar kepada seluruh keluarganya. Oleh itu, sebagai seorang pemimpin keluarga, ayah lebih berperwatakan tegas. Namun disebalik ketegasan seorang ayah, tersembunyi perasaan yang sebaliknya tetapi tidak ditunjukkan secara terang-terangan. Sebagai seorang anak, cubalah fahami “bahasa cinta” seorang ayah yang juga merupakan hero pertama anak-anaknya.
3. Menyedarkan pembaca kedudukan tertinggi ibu.
Berbeza dengan ayah, hubungan anak-anak adalah lebih rapat dengan ibu sehingga ibu digelar madrasah (sekolah) kepada anak-anaknya, Pengorbanan dan jasa ibu sangatlah besar dan tiada tandingannya. Ibu terpaksa mengorbankan keselesaan diri ketika mengandung, menahan sakit ketika bersalin dan menyusukan anak tidak mengira masa dan tempat. Jangan pernah terfikir anda sudah cukup membalas jasa ibu kerana pengorbanannya tidak terbalas sekalipun berkorban jiwa dan raga.
4. Menggalakkan pembaca menjinakkan amarah dalam diri.
Kemampuan seseorang untuk mengawal marah adalah termasuk dalam kecerdasan emosi yang sangat penting dalam kehidupan. Orang yang gagal mengawal marah akan menjadi tidak rasional, bertindak kasar, ganas dan mungkin menjadi lebih kejam. Kemarahan perlu dikawal dengan cara yang betul. Untuk mengawal marah perlukan ilmu, tindakan dan latihan. Berikut adalah 10 cara mengatasi amarah:
i. Ingat fadilat orang yang menahan marah
ii. Ingat ancaman dan hukuman untuk pemarah
iii. Ingat dendam pihak yang dimarahi
iv. Bayangkan betapa buruknya rupa dan perilaku ketika marah
iv. Ingat pembalasan di akhirat
v. Ucapkan ta’awuz
vi. Berwuduk
vii. Ubah posisi fizikal
ix Berdiam diri
x Tarik nafas dalam-dalam dan panjang, berselawat dan beristighfar
Buku ini juga menjelaskan betapa persoalan yang besar dan berat mampu difahami dan ditangani dengan mudah dan praktikal. Ia ditulis bukan hanya untuk dibaca dan difahami tetapi untuk dirasa dan dilaksanakan. Ilmu sebenar ialah yang dapat memberi kesan pada hati, bukan hanya berada di minda yang bersifat sementara.
Diharap buku ini dapat memberi kedamaian yang dicari dan mencetuskan rasa ingin menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya kepada para pembaca. Bacalah dengan kehadiran hati yang paling lapang beserta niat untuk berubah ke arah kebaikan. Bi iznillah, anda akan menemui jawapan yang selama ini dicari oleh jiwa yang meronta dalam diam.