How to win friends & influence people
Ulasan Buku 2021
Jumlah paparan: 3617
'How to win friends & influence people'- Dale Carnegie; [penterjemah Hidayati Kesuma Abdul Hadi]
ISBN : 9789675226809
Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd
No. Panggilan: BF637.S8 C37 2012
Tahun Diterbitkan: 2012
Mukasurat: 282
Url Efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=52881
Pengulas :
Pn. Wan Nurulhuda Wan Zakaria
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
ISBN : 9789675226809
Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd
No. Panggilan: BF637.S8 C37 2012
Tahun Diterbitkan: 2012
Mukasurat: 282
Url Efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=52881
Pengulas :
Pn. Wan Nurulhuda Wan Zakaria
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Buku ini telah diterbitkan kembali oleh PTS Publishing House dalam edisi Bahasa Melayu pada 8 Mac 2010. Selama lebih 60 tahun, segala nasihat dan panduan yang terkandung dalam buku tersebut sudah berjaya mengubah nasib kebanyakan golongan yang terkenal di dunia, terutama dalam kehidupan profesional dan peribadi mereka. Karya ulung Dale Carnegie ini banyak membuka mata pembaca mengenai tingkah laku asas manusia dalam kehidupan seharian. Buku ini telah mendapat tempat dihati ramai orang yang menyedari betapa pentingnya memahami tingkah laku sosial manusia bagi membina hubungan sosial yang sihat.
Buku ini banyak mengupas dan membincangkan teknik-teknik asas dalam menangani pelbagai ragam manusia. Teknik ini bukan sahaja berguna dalam kehidupan peribadi bahkan ia patut dipraktikkan dalam dunia kerjaya ataupun di mana sahaja kita berada. Buku ini juga menyingkap mengenai perkara yang sering diabaikan kita. Banyak contoh yang ditonjolkan berdasarkan insiden yang berlaku dalam masyarakat kita yang boleh dijadikan iktibar dan teladan bagi meningkatkan keyakinan diri supaya dapat menguasai kemahiran bersosial dengan lebih baik.
Edisi How To Win Friends and Influence People yang dikemaskini ini pasti dapat membantu mengasah bakat kita yang terpendam. Dengan membaca buku ini, kita mampu mencapai tahap potensi yang maksimum. Buku ini sangat sesuai dijadikan sebagai bahan bacaan motivasi yang mudah difahami dan diguna pakai secara meluas dalam masyarakat kita.