Hipnotis
Ulasan Buku 2021
Jumlah paparan: 3245
'Hipnotis'- Dr. Mafeitz
ISBN : 9789671307359
Penerbit: WhiteCoat Enterprise
No. Panggilan: PL 5138.M34 H57 2016 fic
Tahun diterbitkan : 2016
Mukasurat: 90
Url Efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=84744
Pengulas :
En. Muhamad Firdaus Janih@Jaini, Pembantu Pustakawan Kanan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
ISBN : 9789671307359
Penerbit: WhiteCoat Enterprise
No. Panggilan: PL 5138.M34 H57 2016 fic
Tahun diterbitkan : 2016
Mukasurat: 90
Url Efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=84744
Pengulas :
En. Muhamad Firdaus Janih@Jaini, Pembantu Pustakawan Kanan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Jika ada yang bercita-cita untuk bekerja sebagai doktor diharuskan untuk membaca buku ini. Untuk yang tak nak tapi nak tahu macam mana doktor bekerja pun boleh baca buku ni. Bagusnya tentang buku ni, terdapat penerangan tentang istilah perubatan yang semua watak sebut. Maka tidaklah orang tertanya-tanya ‘IUD’ tu apa. Buku ni ada 10 bab dan setiap cerita berkaitan.
Buku ini tidak tebal dan boleh habis dalam masa dua jam sahaja. Tapi kalau nak menjiwai watak-watak dalam tu, kena baca lama sikitlah. Sebab ada banyak cerita yang bermain dengan emosi. Walaupun kita selalu nampak doktor muka stone je masa kita datang petang-petang ke hospital, mereka pun ada perasaan juga dan boleh bermain dengan emosi orang lain.
Mula-mula rasa macam ini hanyalah satu lagi drama perubatan yang berlatar belakangkan konsep ketuhanan. Bagus untuk bacaan santai di samping mengingatkan diri kita kepada yang Maha Esa, selain daripada ilmu tambahan dalam bidang perubatan. Tetapi bab terakhir pada pendapat saya, ia gelap tetapi membuatkan saya menyedari betapa kita semua hanyalah manusia. Kita semua lemah, hanya mampu bergantung kepada Allah SWT. Dia sahaja yang menentukan segalanya. Kerja yang bagus Doktor Mafeitz. Bacaan yang begitu baik. Memang tak rugi baca buku dari penulis White Coat.
Kisah di dalam ICU, kisah doktor-doktor yang merawat pesakit di ICU serta pelbagai kisah-kisah ibu yang dah mati otak tapi ada janin yang masih bernyawa di dalam rahim. Doktor-doktor inilah yang memantau. Kisah seorang lelaki yang beratnya lebih, BMI nya 55 diselamatkan ketika hampir hilang nyawa bila jantungnya terhenti, kisah anak istimewa yang punya mak ayah kaya raya, tidak hiraukan kos perubatan dan tidak sama cara rawatan dengan pesakit lain, sangat istimewa. Kisah doktor pakar yang ibunya kanser tahap empat tidak mampu menerima keadaan ibunya yang kritikal. Kisah anak yang dimanjai terjebak dengan dadah yang mengkhayalkan hingga buat ibu dan ayahnya kecewa, lumpuh satu badan bila jatuh dari tingkat dua, kisah doktor ICU sendiri yang akhirnya meninggal di bilik itu. Pelbagai kisah buat tatapan pembaca. Hidup pasti mati..sihat akan sakit.. sama ada terima dengan redha atau merungut sepanjang masa. Kesihatan perlu dijaga, jasad pinjaman cuma, nikmati dan syukuri selagi nafas masih ada.