Hikmah Terapi Puasa, Puasa Kerana Allah
Ulasan Buku 2021
Jumlah paparan: 3346
'Hikmah Terapi Puasa, Puasa Kerana Allah'- Diterjemah oleh Mohd Basri Bin Yusof
ISBN : 9789675115110
Penerbit: Al-Hidayah Publication
No. Panggilan: BP179 .H55 2008 k
Tahun diterbitkan : 2008
Mukasurat: 127
Url Efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=79545
Pengulas :
En. Muhammed Fawwaz Bin Abdul Rasid, Pustakawan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
ISBN : 9789675115110
Penerbit: Al-Hidayah Publication
No. Panggilan: BP179 .H55 2008 k
Tahun diterbitkan : 2008
Mukasurat: 127
Url Efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=79545
Pengulas :
En. Muhammed Fawwaz Bin Abdul Rasid, Pustakawan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Buku hikmah terapi puasa, puasa kerana Allah ini telah diterjemah oleh Mohd Basri Bin Yusof dan diterbitkan oleh Al-Hidayah Publication pada tahun 2008. Maksud berpuasa iaitu menahan diri daripada makan dan minum serta perkara yang boleh membatalkannya bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Puasa fardu adalah diwajibkan untuk kaum muslimin, dalilnya adalah Allah S.W.T. berfirman ertinya: “Hai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.”
Amalan berpuasa sama ada wajib ataupun sunat mempunyai kelebihan tersendiri dari segi ganjaran pahalanya dan menjadi terapi penyembuhan pelbagai jenis penyakit. Amalan puasa bukan sahaja merehatkan perut daripada memproses makanan malah mampu bertindak meningkatkan daya kekuatan fokus, daya fikiran dan kreativiti minda dan menguatkan rohani dan spiritual.
Di samping itu, fokus buku ini adalah berkenaan amalan puasa yang dijadikan terapi penyembuhan penyakit kejiwaan, sosial dan juga organ tubuh. Beberapa terapi dan kebaikan berpuasa menurut buku yang saya ingin kongsikan ialah:
1. Mengubati penyakit kejiwaan dengan berpuasa.
Berpuasa dikatakan dapat mengubati penyakit kekacauan keperibadian dan kesedihan, mengatasi sifat ego dan bangga diri, mengubati penyakit rendah diri, mengubati penyakit was-was dan mengubati emosi yang keterlaluan.
2. Pengubatan penyakit sosial dengan berpuasa.
Dengan amalan berpuasa juga dapat mengatasi keruntuhan moral, mengatasi kenakalan remaja, mengatasi sifat boros dan kedekut, mengubati kefakiran dan rasa lapar mengubati ketagihan dadah.
3. Pengubatan penyakit organ tubuh dengan berpuasa.
Kesihatan yang baik adalah impian setiap manusia. Ini kerana kesihatan yang baik dapat memudahkan kita melaksanakan amal ibadat dan urusan dengan sempurna. Amalan berpuasa juga merupakan amalan baik yang membantu kita mendapat kesihatan yang baik dan dijauhi daripada penyakit seperti:
● Penyakit pada sistem pencernaan (luka pada perut dan radang usus besar)
● Penyakit sistem pernafasan (sesak nafas dan bronkitis)
● Penyakit pelbagai jenis radang
● Penyakit pembuluh darah
● Penyakit kelenjar tersekat (endoktrin)
● Penyakit kulit
● Penyakit lemah syahwat
● Penyakit migrain
● Penyakit organ utama/penting (seperti penyakit kencing manis tekanan darah dan kolesterol)
● Penyakit kejang/sengal
● Penyakit kanser
● Penyakit mata
● Penyakit saraf
● Penyakit hati
● Penyakit alergi (alahan)
Kesimpulannya, buku ini membahas banyak maklumat berkenaan kelebihan berpuasa terutamanya dalam menjadi terapi penyembuhan pelbagai penyakit. Amalan rawatan penyakit ketika berpuasa mempunyai rahsia kekuatan penyembuhan sebanyak sembilan kali ganda berbanding kaedah yang lain. Akhir kata, terbuktilah kebenaran pesan Rasulullah S.A.W. yang bermaksud “Berpuasalah kamu, nescaya kamu akan sihat”.