Fikah Sakit Hati
Ulasan Buku 2021
Jumlah paparan: 3274
'Fikah Sakit Hati '- Muhammad Muhyidin
ISBN : 9789674114299
Penerbit: PTS Publications (PTS Millennia)
No. Panggilan: BL2620.M4 M84 2012
Tahun Diterbitkan: 2012
Mukasurat: online resource
Url Efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=91660
Pengulas :
Pn. Noor Fateeha Mohamad, Pembantu Pustakawan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
ISBN : 9789674114299
Penerbit: PTS Publications (PTS Millennia)
No. Panggilan: BL2620.M4 M84 2012
Tahun Diterbitkan: 2012
Mukasurat: online resource
Url Efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=91660
Pengulas :
Pn. Noor Fateeha Mohamad, Pembantu Pustakawan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Manusia mempunyai pelbagai ragam dan sikap. Sekiranya diri dihina, difitnah atau disakiti, apa yang perlu dibuat? Adakah perlu dibalas dengan cara yang sama supaya hilang segala sakit hati. Puaskah hati apabila dendam terbalas? Fikah sakit hati merupakan sebuah buku motivasi dalam membicarakan bagaimana tindakan sewajarnya untuk seseorang menghindari atau menangani perasaan negatif yang timbul dalam diri apabila berdepan dengan situasi sebegini.
Penulis menerangkan isu sakit hati akan menjurus kepada sikap dendam atau pembalasan daripada mereka yang mengalami perasaan tersebut. Adakah dalam islam menggalakkan kita membalas perbuatan sakit hati yang dilakukan terhadap diri? Perkara ini dikupas oleh penulis dengan lebih mendalam berdasarkan ayat-ayat yang terkandung dalam Al-Quran. Sakit hati adalah fitrah manakala dendam adalah penyakit hati. Melalui buku ini juga, penulis banyak berkongsi cerita mengenai pengalaman hidup individu yang terjerumus dengan perasaan sakit hati. Ada yang mampu bersabar dan ada juga yang membalas dengan perbuatan yang sama. Sesungguhnya, Nabi Muhammad SAW membalas kejahatan dengan kebaikan walaupun perkara tersebut menyakitkan hati.
Kesimpulannya, sebagai seorang insan, kita tidak boleh lari dari pelbagai perasaan sama ada suka, duka atau sakit hati tetapi apabila kita berpegang kepada sabar dan redha sebagai sayap keimanan, sama ada perbuatan baik dibalas kebaikan atau perbuatan baik dibalas keburukan, kita hanya berserah kepada Allah dalam menilai dan menghukum serta berbalik kepada ajaran Islam.