Digital versus Non-Digital Reference: Ask a Librarian Online and Offline
Ulasan Buku 2021
Jumlah paparan: 3261
'Digital versus Non-Digital Reference: Ask a Librarian Online and Offline'- Linda S Katz
ISBN : 078902442x
Penerbit: The Haworth Information Press
No. Panggilan: Z 711.45 .D54 2004
Tahun diterbitkan : 2004
Mukasurat: 154
Url Efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=30157
Pengulas :
En. En. Mohd Ariffin Abdul Aziz, Pustakawan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
ISBN : 078902442x
Penerbit: The Haworth Information Press
No. Panggilan: Z 711.45 .D54 2004
Tahun diterbitkan : 2004
Mukasurat: 154
Url Efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=30157
Pengulas :
En. En. Mohd Ariffin Abdul Aziz, Pustakawan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Buku ini sangat berguna untuk pustakawan terutamanya yang bertugas sebagai pustakawan rujukan. Buku ini membandingkan model rujukan perpustakaan dengan pelbagai model berorientasikan pengguna.
Melalui pembacaan buku ini, seseorang itu dapat memahami pelbagai kaedah perkhidmatan yang sesuai untuk digunakan oleh pustakawan rujukan untuk berhubung dengan pengguna samada secara offline dan secara online. Di dalam buku ini, beberapa tokoh pustakawan akademik dan pakar maklumat telah berkongsi pengalaman mereka dalam menguruskan unit rujukan perpustakaan.
Buku ini mengisahkan pengalaman dan interaksi pustakawan dengan rujukan digital, termasuk kajian kes, panduan dan lain-lain. Penulis juga membincangkan kebimbangan mereka tentang penggunaan Internet bukan sahaja sebagai alat rujukan melebihi peranan pustakawan itu sendiri. Topik-topik menarik di dalam buku ini dibincangkan khas menerusi perspektif seorang pustakawan.
Meskipun contoh-contoh yang diberikan agak lama, sejak dari tahun 2004 tetapi konsep yang diketengahkan masih relevan jika dibandingkan dengan pelbagai peralatan dan aplikasi yang digunakan pada masa kini. Ia juga masih bernilai pada masa kini untuk pustakawan menilai sejauh mana tahap perkhidmatan yang mereka berikan kepada pengguna.