Mat Jenin Sebenarnya Hero

Mat Jenin Sebenarnya Hero

Image
'Mat Jenin Sebenarnya Hero' – Saiful Nang

ISBN            : 978-967-369-337-5
Penerbit        : Must Read Sdn. Bhd.
No.Panggilan        : BF637.S8 S25 2016 k
Tahun diterbitkan    : 2016
Muka surat        : 257
URL efind        : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=85276

Kebanyakan orang memandang Mat Jenin ini sebagai cerita negatif. Kesalahan Mat Jenin cuma satu, dia banyak berangan. Panjat pokok kelapa pun sempat lagi berangan. Akhirnya mati apabila jatuh dari atas pokok kelapa, sebabnya berangan nak kahwin dan memeluk puteri raja.

Tapi lain pula pada perspektif Saiful Nang. Beliau menganggap Mat Jenin sebagai hero. Sebab itu beliau menamakan buku keduanya dengan judul Mat Jenin Sebenarnya Hero. Kenapa pula begitu? Tulis Saiful Nang dalam buku keduanya, Orang yang berimaginasi seperti Mat Jeninlah yang membangunkan negara dan bangsa. Penulis berpendapat cuma silap Mat Jenin ialah, bila bisnes ayam dia dah jadi sekandang kambing, bisnes kambing dia dah jadi sekandang lembu, dan bisnes lembu dia dah jadikan dia kaya-raya, satu yang buat dia jatuh ialah ‘Perempuan’.
 
Dalam buku ini, kita disajikan dengan idea yang bermula dengan angan-angan, satu per satu dipraktik, gagal, cuba lagi, jatuh, cuba lagi dan cuba dan akhirnya berjaya. Buku ini lebih kepada kisah motivasi yang semuanya adalah benar berlaku dari pengalaman kehidupan di sekeliling penulis. Berangan-angan lah kerana angan-angan itu percuma. Berusahalah untuk jadikan angan-angan itu satu cita-cita. Bekerjalah sehingga cita-cita itu menjadi realiti.
Image
Ulasan buku oleh:
Pn. Neng Sury binti Sulaiman, Pembantu Pustakawan

Cetak   Emel