Dia atur, kita akur : rezeki ada di mana-mana
Ulasan Buku 2020
Jumlah paparan: 3972
' Dia atur, kita akur : rezeki ada di mana-mana ' - Khairy Tajudin
ISBN : 9789674750176
Penerbit : KTR PRESS, 2018
No. Panggilan :BF637.S4 T35 2018 k
Tahun diterbitkan : 2018
URL efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=89441
ISBN : 9789674750176
Penerbit : KTR PRESS, 2018
No. Panggilan :BF637.S4 T35 2018 k
Tahun diterbitkan : 2018
URL efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=89441
Mengeluwap-luwap pemikiran saya ketika mentelaah manuskrip tuan, saya teruja! Sungguh, Tuhan sebaik-baik Pengatur, sedangkan kita hanya perlu akur. Andai mahu keluar daripada arahan Allah SWT, maka pilihlah untuk hidup di dunia yang lain.
Saya dapat rasakan sungai ilmu yang mengalirkan istikhlas, asbab, intuisi dan ideologi. Ia rencam. Karya ini bukan sekadar sebuah naratif langka, tapi sebaliknya percantuman pelbagai benua pengalaman. Buku ini ‘bunting’ dengan kisah sebenar, jatuh bangun tuan yang mencemaskan, jerih perih hidup
(Penyunting :Manja Lela)
Bila saya habiskan beberapa bab Dia Atur, Kita Akur, saya akui berbaloi kerana ia motivasi santai untuk diri saya. Motivasi yang memberi makna kepada diri pembaca.
Kita sedar dan akui bahawa segalanya yang Allah atur dan buat untuk kita adalah yang TERBAIK. Namun kita sebagai manusia sering terlupa, malah secara tidak langsung kita telah menafikan apa yang diberikan oleh-Nya termasuklah tidak bersyukur dengan apa yang dianugerahkan-Nya.
Ia juga sesekali mencubit hati saya dan menegur saya dengan berhemah agar sentiasa berbuat baik kepada semua dan yang paling penting menjadi hamba yang taat kepada Penciptanya.
Ulasan buku oleh:
En. Ahmad Nurudin Abdul Nasir, Pustakawan Kanan
En. Ahmad Nurudin Abdul Nasir, Pustakawan Kanan