Dari Malaya ke Himalaya: travelog jelajah pergunungan Annapurna

Dari Malaya ke Himalaya: travelog jelajah pergunungan Annapurna

Image
' Dari Malaya ke Himalaya: travelog jelajah pergunungan Annapurna ' - Mohamad Jafri Ahmad

ISBN   : 9789671398203 (pbk.)
Penerbit  : Mohamad Jafri Ahmad, 2016
No. Panggilan :BP189 .S94 2012
Tahun diterbitkan : 2016
URL efind   : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=86191
Travelog ini membawa anda kepada pengalaman empat orang anak muda yang mempunyai semangat juang yang tinggi untuk menjelajah pergunungan Annapurna di Banjaran Himalaya, Nepal. Cuaca di sana sememangnya sangat berbeza dengan keadaan di Malaysia. Bagaimana mereka mengharungi keadaan suhu yang sangat sejuk, salji yang tebal serta berhadapan ancaman runtuhan salji?

Pelbagai cabaran yang mereka terpaksa hadapi selain cuaca bagi menamatkan pendakian mereka. Trek yang mereka lalui sangat mencabar dan berbahaya antaranya seperti melalui gaung, tebing tinggi dan jambatan gantung.  Selain berbekalkan semangat yang cekal, sabar dan tenang menghadapi cabaran, mereka juga  memerlukan kekuatan fizikal dan juga mental bagi menghadapi liku-liku sepanjang perjalanan.

Di sebalik pengalaman getir terdapat juga pengalaman indah. Permandangan yang mempersonakan di tempat orang yang tidak dijumpai di tempat sendiri. Bertemu pelbagai ragam manusia dan merasai air tangan masakan di negara asing.

Buku ini sesuai untuk peminat yang suka mendaki gunung. Boleh juga menjadi rujukan kepada sesiapa yang ingin menyimpan hasrat untuk mendaki Annapurna. Memang sangat menarik untuk dibaca dan merasakan seolah-olah pembaca berada bersama-sama menyertai ekspidisi itu. Pengalaman manis dan pahit yang tidak mungkin didapati dari mana-mana terutama mendaki di kawasan gunung di seluruh Malaysia waima Gunung Kinabalu sekali pun!
Image
Ulasan buku oleh:
Pn. Sufarini Sudin, Pembantu Pustakawan Kanan

Cetak   Emel