Cara-cara membaiki motosikal
Ulasan Buku 2020
Jumlah paparan: 6861
' Cara-cara membaiki motosikal ' - Jamil Hashim
ISBN : 9837204419
Penerbit : Golden Books Centre, 2000
No. Panggilan :TTL444 .J35 2000
Tahun diterbitkan : 2000
Muka surat : 72
URL efind : http://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=19941
ISBN : 9837204419
Penerbit : Golden Books Centre, 2000
No. Panggilan :TTL444 .J35 2000
Tahun diterbitkan : 2000
Muka surat : 72
URL efind : http://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=19941
Sebagai penunggang motosikal,kita harus mempunyai pengetahuan berkenaan masalah kerosakan pada motosikal dan cara-cara untuk membaikinya. Kemahiran asas seperti ini sangat penting jika berlaku kerosakan diluar jangkaan seperti di lebuhraya dan sebagainya.
Ramai di kalangan pemilik motosikal pada hari ini terutamanya remaja mengabaikan ‘kesihatan’ motosikal mereka dengan tidak melakukan rutin servis semata-mata mahu berjimat, Lebih malang, ada juga di antara mereka yang tidak sedar betapa pentingnya menjaga motosikal bagi mengekalkan prestasinya sekaligus mengurangkan risiko kerosakan yang lebih serius yang hanya lebih merugikan masa dan wang.
Oleh yang demikian, pengguna sesebuah motosikal perlu tahu kepada pengenalan kepada cara-cara asas untuk membaiki kerosakan motosikal. Di samping itu juga, peralatan asas pembaikan motosikal yang perlu ada antaranya pembuka palam pencucuh, pembuka nuts, soket pengunci roda/rim lock, sepana ‘open ended’ bersaiz 10 dan 12, pemutar skru dwi mata, pam angin, pelincir WD-40, male wrench/locking wrench & sepana T saiz 8 hingga 12. Dengan adanya semua peralatan asas ini, kerja pembaikan akan lebih mudah.
Terdapat pelbagai permasalahan yang biasa berlaku dan perlu diambil tahu oleh pengguna sesebuah motosikal. Oleh itu, di dalam buku ‘Cara-cara Membaiki Motosikal’ ini dinyatakan cara panduan yang betul untuk membaiki sesuatu kerosakan asas sesebuah motosikal.
Dengan panduan-panduan yang diberikan di dalam buku ini, semuanya mampu dilakukan sendiri di rumah sekaligus mengelakkan sebarang kos pembaikan yang tidak perlu. Jika kerosakan yang dialami sangat serius, disarankan juga untuk berjumpa dengan mekanik yang berpengalaman. SELAMAT MENCUBA!
Ulasan buku oleh:
En. Mohd Irwanshah Abdul Talib, Pembantu Operasi
En. Mohd Irwanshah Abdul Talib, Pembantu Operasi