Bukan Senang nak tenang
Ulasan Buku 2020
Jumlah paparan: 7037
'Bukan Senang nak tenang'- Ustaz Pahrol Mohamad Juoi
ISBN : 9789678608671
Penerbit: Grup Buku Karangkraf, 2018
No. Panggilan: BP188 .P34 2018
Tahun Diterbitkan: 2018
Mukasurat: 206
Url Efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=89706
ISBN : 9789678608671
Penerbit: Grup Buku Karangkraf, 2018
No. Panggilan: BP188 .P34 2018
Tahun Diterbitkan: 2018
Mukasurat: 206
Url Efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=89706
“Kegembiraan yang kau rasa dengan sengaja menyakiti hati orang lain, hakikatnya bukanlah satu kegembiraan. Itu hanya petanda yang diri mu sedang menderita sakit jiwa!”
(Buku Bukan senang nak Tenang/Pahrol Mohamad Juoi: 2018; m/s 68)
Pahrol Mohamad Juoi merupakan salah seorang penulis yang saya amat gemar cara
penulisannya. Bait-bait ayat tersusun indah, penceritaan kisah masyarakat yang dekat dengan kita dan amat dekat dengan diri saya yang dibesarkan di kampung.
Buku Bukan senang nak Tenang ternyata mampu memberikan ketenangan buat pembaca. Buku yang dicetak pada tahun 2018 mempunyai empat bahagian dan setiap bahagian mempunyai beberapa kisah dan topik. Empat bahagian tersebut:
1. Hati Yang Tenang
2. Mujahadah Untuk Tenang
3. Bermula Dengan Diri Sendiri
4. Pada Kualiti Jiwa
Dalam Bahagian satu “Hati Yang Tenang” mempunyai empat topik iaitu Jangan terlalu banyak Tuhan; Ingat Allah luntur mazmumah; Syukurlah untuk bahagia; dan juga Bina kehidupan dengan memberi.
Petikan lain dalam buku ini “Jangan tunggu bahagia untuk bersyukur tetapi bersyukurlah untuk bahagia”
Selain dari kata pujangga dan bait puitis, penulis juga menyokong dengan ayat al-Quran dan menghuraikan isi-isi penting berpandukan cara hidup Muslim.
Nah! Pada saya inilah buku yang wajib dibaca dalam mengejar ketenangan dan kebahagian dalam hidup yang sementara ini. Bacalah, insha Allah anda akan terpikat dengan bukunya.
Ulasan buku oleh:
Pn. Siti Aishah Binti Ghani, Timbalan Ketua Pustakawan
Pn. Siti Aishah Binti Ghani, Timbalan Ketua Pustakawan