365 Hari mencari Syurga
Ulasan Buku 2020
Jumlah paparan: 3574
‘ 365 Hari mencari Syurga ’ - Abd. Razak Muthalib
ISBN : 9789678607575
Penerbit : Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd.
Tahun diterbitkan : 2016
No. Panggilan : BP166.87 .R39 2016
Muka surat : 215 halaman
URL efind : http://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=88266
ISBN : 9789678607575
Penerbit : Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd.
Tahun diterbitkan : 2016
No. Panggilan : BP166.87 .R39 2016
Muka surat : 215 halaman
URL efind : http://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=88266
Buku setebal 215 halaman ini telah dihasilkan oleh penulis Abd. Razak Muthalib berkelulusan Ijazah Sarjana (Master) Ilmu Wahyu, UIAM dan seorang mempunyai pengalaman sebagai pensyarah dan seorang penulis buku keagamaan dan ilmiah.
Kehidupan ini tidak boleh dipersiakan begitu sahaja, ia perlu diisi dengan amal yang baik,. Maka amal yang baik ini perlu dilakukan dengan betul mesti berpandukan kepada nas dan dalil yang sahih agar ia di terima amalan disisi Allah SWT.
Penulis ingin mengutarakan di dalam buku ini dua persoalan yang biasa ditanya iaitu mengapa dan untuk apa aku hidup?, Selain itu bagaimana aku perlu uruskan kehidupan ini bagi mencapai tujuan hidup dan tidak menjadi sis-sia?. Jesteru, isi kandungan buku ini disusun supaya ia dapat membantu menemui jawapan persoalan itu.
Apabila kematian telah ditakdirkan. Tidak ada sesiapa yang mampu menghalang. Apabila ajal kematian ditetapkan, ia pasti akan datang. Tidak dipercepatkan dan tidak juga dilewatkan. Inilah hakikat kematian.
Periksalah amalan diri setiap hari dan tingkatkan amalan untuk hari-hari yang bakal muncul nanti. Tinggalkan kesilapan yang mencemar nilai diri kerana, hari-hari yang berlalu tidak akan kembali lagi.
Buku ini terhasil melalui pelbagai kajian dan penyelidikan dalam bidang psikologi kepemimpinan, penguran organisasi dan kaunseling keremajaan. Buku ini juga disampaikan dengan cara yang mudah difahami dan penerangan yang jelas.
Ulasan buku oleh:
En. Nazri Bin Kamis, Pembantu Pustakawan
En. Nazri Bin Kamis, Pembantu Pustakawan