Hamka Pujangga Islam Kebanggaan Rumpun Melayu
Ulasan Buku 2019
Jumlah paparan: 3615
‘ Hamka Pujangga Islam Kebanggaan Rumpun Melayu ’ - H. Rusydi Hamka
ISBN : 9789839422467/9839422464
Penerbit : Pustaka Dini
No. Panggilan : BP80.H36 H36 2002
ISBN : 9789839422467/9839422464
Penerbit : Pustaka Dini
No. Panggilan : BP80.H36 H36 2002
Buku ini bukanlah sebuah biografi Buya Hamka yang sarat dengan data, tetapi sekadar kenang-kenangan seorang anak terhadap ayah kandungnya yang baru meninggal. Penulisan gaya bahasa yang bersahaja berjaya membongkar pengkisahan peribadi Prof. Dr. Hamka, di dalam buku ini. Terdapat pula dokumen yang belum pernah tersiar, dan ketahui seperti pengalaman Hamka selama dipenjarakan oleh Presiden Indonesia yang tersohor Sukarno, dan tingkah laku Hamka yang meletak jawatan sebagai Yang Dipertua Majlis Ulama Indonesia, sebelum tamat tempoh jawatannya dan perkara banyak lagi. Selain menceritakan perkara umum, ilmu agama dan bidang politik, tidak kurang menariknya mengenai kehidupan peribadi Hamka sebagai seorang suami, ayah, datuk dan pakcik serta orang tua daripada suatu keluarga Syeikh yakni Tuan Guru yang berasal dari Minangkabau mempunyai budaya dan adat resam yang tersendiri. Pengarang juga berjaya mengetengahkan bakat dan kemahiran Hamka membahagikan waktu antara mengarang buku, berkhutbah, memberi ceramah, syarahan dan kuliah subuh, membaca buku dan tilawah Al-Quran serta menerima ramai tetamu yang meminta nasihat darinya. Nasihat mengenai masalah keluarga, urusan peribadi dan lain lagi, sehinggalah orang ramai perlu beratur menunggu giliran, sama seperti hendak berjumpa doktor perubatan di klinik atau hospital. Semuanya dilakukannya penuh ikhlas, tanpa mendapat bayaran, apatah lagi meminta. Niat kerana Allah swt., demi membantu sesama insan atau manusia. Itulah pengabdiannya kepada Allah swt., menerusi kasih sayang kepada sesama ummah. Hal ini, sudah pasti, hal-hal seperti itu adalah sesuatu yang amat bernilai lagi berharga bagi kita untuk mengenali, menatap peribadi dan martabah Prof. Dr. Hamka. Dengan terbitnya buku ini, dapat menambahkan kesedaran dan pengenalan serta kefahaman kepada generasi baru yang tidak dapat menyaksikan perjuangan dan dakwah Hamka. Sekian dan selamat membaca, dengan iringan doa, “Ya Allah jadikanlah karya-karya Allayarham sebagai karya yang bermanafaat.”
Buku Diagnosis2 : Prognosis bercerita tentang suka duka, perjalanan hidup, susah payah, jerit perih dan pengalaman yang perlu dikutip sebelum bergelar seorang Doktor. Buku ini amat sesuai dijadikan sebagai pembuka mata kepada sesiapa yang berminat dalam bidang perubatan.
Buku ini akan memberikan pencerahan kepada masyarakat terutama pelajar-pelajar yang menaruh minat untuk menjadi pelajar perubatan akan kisah di sebalik ‘glamor’nya menjadi pelajar perubatan. Buku yang mengandungi 268 muka surat dan 9 Bab ini, menceritakan dari Detik Sebelum Bergelar Pelajar Perubatan sehingga ke bab terakhir iaitu Titisan Keringat Terakhir .
Semoga buku ini dapat menaikkan minat individu yang ingin menjadi doctor. Jika anda mahu menjadi doctor, tanamkan azam dan tekad bermula hari ini!
Buku ini akan memberikan pencerahan kepada masyarakat terutama pelajar-pelajar yang menaruh minat untuk menjadi pelajar perubatan akan kisah di sebalik ‘glamor’nya menjadi pelajar perubatan. Buku yang mengandungi 268 muka surat dan 9 Bab ini, menceritakan dari Detik Sebelum Bergelar Pelajar Perubatan sehingga ke bab terakhir iaitu Titisan Keringat Terakhir .
Semoga buku ini dapat menaikkan minat individu yang ingin menjadi doctor. Jika anda mahu menjadi doctor, tanamkan azam dan tekad bermula hari ini!
Ulasan Buku Oleh :
En. Mohd Fauzi Mohamed, Pembantu Pustakawan
En. Mohd Fauzi Mohamed, Pembantu Pustakawan