Kesalahan-kesalahan dalam solat duha yang membuatmu tidak kaya
Ulasan Buku 2018
Jumlah paparan: 3439
‘ Kesalahan-kesalahan dalam solat duha yang membuatmu tidak kaya ’ – Agus N. Cahyo
ISBN : 9789670465456
Penerbit : Al-Hidayah House of Publishers
No. Panggilan : BP184.3 .C34 2013

Apabila diperkatakan tentang solat Duha pasti la dikaitkan dengan kemurahan rezeki dan kekayaan. Namun apa yang utama dalam ibadah ialah ditetapkan niat dan hati kita untuk fokus meraih keredaan dan belas kasih Allah SWT, bukan semata-mata hanya mengejar fadilat dan kelebihannya sahaja.
Ada juga yang mengeluh, walaupun sudah bertahun mengamalkan Solat Duha namun kehidupan masih ditakuk lama. Rezeki yang dipohon tidak kunjung tiba. Usah bersangka buruk dengan Yang Maha Pemberi Rezeki. Cuba semak dan teliti bagaimana nilai dan kualiti ibadah yang kita lakukan adakah sudah benar-benar betul dan berdasarkan sunnah dan ajaran Nabi S.A.W. Mungkin terdapat kekurangan atau kesilapannya di situ. Atau mungkin itulah dugaan yang kita tempuhi untuk mendapatkan lebih banyak kebaikan dan ketenangan yang akan dikurniakan kelak. Tetapkan ketakwaan dan ikhlaskan ibadah kita hanya kerana Allah Azza wa Jalla.
Buku ini membuka helaian baru untuk kita menyemak semula ibadah Solat Duha yang kita amalkan. Adakah peratusan kesempurnaan telah dicapai. Semoga apa yang dihidangkan di dalam buku ini dapat membantu kita untuk meraih keredaan Allah dalam menunaikan ibadah sama ada yang fardu ataupun sunat.

Ulasan Buku Oleh :
En. Nazri Kamis, Pembantu Pustakawan
En. Nazri Kamis, Pembantu Pustakawan