Redakan rasa tertekan dengan makanan khusus
Book Review 2023
Jumlah paparan: 2658
Redakan rasa tertekan dengan makanan khusus - Mukhlidah Hanun Siregar
ISBN : 9789830268088
Penerbit : Ar-Risalah Product
No. Panggilan : RA785 .S57 2012
Tahun diterbitkan : 2012
Muka surat : 173 p.
URL efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=87767
Ringkasan buku oleh: Pn. Siti Zulaiha Binti Abdullah, Pembantu Pustakawan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
ISBN : 9789830268088
Penerbit : Ar-Risalah Product
No. Panggilan : RA785 .S57 2012
Tahun diterbitkan : 2012
Muka surat : 173 p.
URL efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=87767
Ringkasan buku oleh: Pn. Siti Zulaiha Binti Abdullah, Pembantu Pustakawan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Adakah anda sering merasa jantung berdebar?
Mudah penat semasa bekerja dan sakit kepala tanpa sebab?
Atau sering lupa dan tidak semangat dalam melakukan sesuatu pekerjaan?
Mudah penat semasa bekerja dan sakit kepala tanpa sebab?
Atau sering lupa dan tidak semangat dalam melakukan sesuatu pekerjaan?
Apabila anda mengalami gejala-gejala seperti di atas ketahuilah bahawa anda sedang mengalami stres. Rasa tertekan merupakan masalah global yang sudah tidak asing lagi bagi kita terutamanya masa kini. Sesiapa pun tentu merasa tertekan dengan pelbagai alasan yang berbeza-beza antara faktornya ialah masalah peribadi, rutin hidup yang menekan, kurang tidur, kurang masa lapang dan banyak lagi.
Berikut adalah kategori penyebab rasa tertekan yang biasa berlaku :
1) Tekanan Personaliti – Rasa tertekan yang disebabkan oleh masalah dari dalam diri seseorang. Contoh : Masalah bentuk tubuh, kecantikan, kekayaan ataupun tahap pekerjaan.
2) Tekanan Psikososial – Rasa tertekan yang disebabkan oleh hubungan dengan orang lain di sekitarnya atau akibat situasi sosial. Contoh : Masalah keluarga, cinta atau orang sekeliling.
3) Tekanan Bioekologi – Rasa tertekan yang disebabkan oleh dua perkara iaitu ekologi/persekitaran contohnya pencemaran dan cuaca. Selain itu disebabkan keadaan biologi contohnya akibat datang bulan (haid), demam, jerawat dan sebagainya.
4) Tekanan Pekerjaan – Rasa tertekan yang disebabkan oleh kerja seseorang. Contoh : persaingan jawatan, tekanan kerja, deadline, diancam dipecat.
Di dalam buku ini, penulis mengajak anda untuk mengetahui sebab berlakunya rasa tertekan. Rasa tertekan bukan sahaja disebabkan oleh faktor dari luar tubuh, malahan juga ketika anda kekurangan zat khasiat tertentu sehingga menyebabkan anda boleh diserang rasa tertekan. Kandungan buku ini menghuraikan terdapat beberapa makanan yang sesuai untuk anda ambil semasa merasa tertekan dan juga makanan yang tidak disarankan ketika anda mengalami rasa tertekan.
Antara jenis makanan yang boleh menjadi pereda stres ialah vitamin B, asid folat, brokoli, kekacang, bayam, telur, avokado, hati lembu, pisang, ginseng, ginkgo biloba, teh hijau dan banyak lagi. Semua jenis makanan khusus pereda stres dan adunan mujarab turut dibincangkan secara terperinci di dalam buku ini.
Selain itu, buku ini turut menerangkan tentang gejala stres, penyebab stres, kesan stres bagi kesihatan, tips bagi mengatasi stres dalam kehidupan seharian dan aneka makanan serta minuman pereda stres. Anda perlu tahu, untuk jangka masa yang panjang stres boleh menimbulkan gangguan kesihatan, kekacauan jiwa bahkan boleh menjadi punca kematian. Jika ingin bebas dari stres, baca buku ini.
Akhir kata, selamat membaca dan selamat mencuba.