Pameran Adab Dan Etika Di Media Sosial
Jumlah paparan: 4513
Pameran Adab Dan Etika di Media Sosial telah diadakan di Aras 2, Perpustakaan Pekan dan secara maya bermula pada 24 April 2021. Pameran ini diketuai oleh Encik Muhammad Hanafiah Abd Aziz dan dibantu oleh Cik Nurulaida Abdul Shukor dari Seksyen Pendidikan & Penyelidikan serta Encik Nik Ahmad Nasyrun Nik Abd Malik dari Seksyen Perkhidmatan Pengguna. Objektif bagi pameran ini adalah untuk memberi kefahaman bahawa setiap perkara tidak kira fizikal atau maya mempunyai adab dan akhlak yang perlu dijaga.
Pameran memfokuskan tentang adab-adab penggunaan media sosial dari segi cara penggunaan yang betul sehingga impak atau natijah yang baik dan buruk penggunaan media sosial. Selain itu, pameran ini turut memaparkan petua perkongsian maklumat yang memenuhi syariat dan akhlak yang baik, cara dan adab semasa kelas atas talian, undang-undang dan badan berkuasa yang memantau pengguna media sosial, kesan buruk akibat penyalahgunaan media sosial sehingga boleh didakwa mengikut undang-undang.
Begitu banyak kes yang mendatangkan natijah buruk apabila adab tidak dijaga di media sosial yang mana akan merugikan diri sendiri. Manakala apabila adab dijaga, media sosial boleh menjadi satu perkara yang bermanfaat dan mendatangkan pelbagai faedah yang baik. Allah Ta’ala berfirman:
وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُبِينًا
“Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang yang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata” (QS. Al Ahzab: 58). Ditempat yang lain, Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:
إنَّ أثقَلَ ما وُضِع في ميزانِ المؤمِنِ يومَ القيامةِ خُلُقٌ حسَنٌ وإنَّ اللهَ يُبغِضُ الفاحشَ البذيءَ
Maksudnya “Sesungguhnya perkara yang lebih berat di timbangan amal bagi seorang Mu’min adalah akhlak yang baik. Dan Allah tidak menyukai orang yang berbicara keji dan kotor” (HR. At Tirmidzi no. 2002, ia berkata: “hasan shahih”).
Melalui pameran ini, diharapkan para pembaca dan pengguna perpustakaan dapat menerapkan nilai-nilai modal insan berkualiti yang dapat memberi impak kepada ekonomi sosial dan politik kerana bagi umat islam, agama islam itu agama yang syumul yang merangkumi setiap aspek kehidupan terutama tentang kepentingan adab.
Seperti kata-kata dari Almarhum Pendakwah, Ustaz Adlan Abd Aziz “Jika tidak, tanpa adab kita akan buta. Ilmu mampu membuatkan kita meraba mencari panduan hidup. Hanya dengan menjaga adab, maka kita mudah untuk memahami ilmu”. Pameran ini boleh diakses secara maya di portal perpustakaan melalui link berikut https://umplibrary.ump.edu.my/index.php/en/exhibition-collections/pameran-adab-dan-etika-di-media-sosial
Seperti kata-kata dari Almarhum Pendakwah, Ustaz Adlan Abd Aziz “Jika tidak, tanpa adab kita akan buta. Ilmu mampu membuatkan kita meraba mencari panduan hidup. Hanya dengan menjaga adab, maka kita mudah untuk memahami ilmu”. Pameran ini boleh diakses secara maya di portal perpustakaan melalui link berikut https://umplibrary.ump.edu.my/index.php/en/exhibition-collections/pameran-adab-dan-etika-di-media-sosial
Disediakan oleh:
Muhammad Hanafiah Abd Aziz
Pembantu Pustakawan
Muhammad Hanafiah Abd Aziz
Pembantu Pustakawan