Senjata nuklear : rahsia dan bahana

Senjata nuklear : rahsia dan bahana

“Senjata nuklear : rahsia dan bahana ” – Syed Yusainee Syed Yahya

ISBN : 9789834619855 (hbk.)
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka
No. Panggilan : JZ5687 .Y87 2015
Tahun diterbitkan : 2015
Muka surat : 178 p.
URL efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=85518&

Ringkasan buku oleh: En. Zaiful Bahari Bin Baharum , Pembantu Pustakawan Kanan
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Image

Sebut sahaja senjata nuklear, terbayang difikiran sejauhmana kemusnahan akan berlaku. Jarang kita menemui buku yang membincangkan tentang senjata nuklear dalam Bahasa Melayu dan kebanyakannya dalam Bahasa Inggeris. Penulis telah menggunakan gaya bahasa yang bersahaja dan sempoi serta mudah faham. Walaupun hanya 178 mukasurat, isi kandungannya sangat bagus. Buku ini bercerita tentang pelbagai aspek dari fizik, sejarah, politik, perang dunia, perisikan malah konspirasi (rahsia yang bukan lagi rahsia). Memang tepat denga tajuk buku ini iaitu “Rahsia dan Bahana”.

Ambil tahu pasal senjata nuklear ni bolehlah dikatakan wajib kepada kita kerana ianya umpama sesuatu yang berharga dan melambangkan kekuatan persenjataan bagi sesebuah negara yang memilikinya. Negara-negara kuasa besar berlumba-lumba memiliki dan menghasilkannya. Jepun dan Jerman terlebih dahulu mengkaji nuklear untuk dibuat bom. Di Jerman, ramai ahli fizik, saintis nuklear Yahudi yang takut dibunuh oleh Nazi telah melarikan diri ke Amerika. Setelah diingatkan oleh saintis yang melarikan diri ini barulah Amerika membangunkan senjata nuklear dengan serius bagi mengimbangi kuasa Jepun dan Jerman. Ketiga-tiga negara ini berlumba-lumba membangunkan senjata ini kerana mereka percaya bahawa sesiapa yang dahulu menguasai senjata nuklear akan memenangi perang dunia ke-2.

Antara penceritaan dalam buku ini yang menarik minat saya ialah bagaimana peranan yang dimainkan oleh agen-agen risikan, terutama mengenai kisah perisik KGB yang berjaya menyusup masuk kedalam projek Manhattan dan mencuri teknologi senjata rahsia ini betul-betul di depan mata Amerika Syarikat. Mereka yang bekerja di projek Manhattan tu pun tidak tahu yang Amerika sedang membangunkan bom nuklear. Pekerja-pekerja datang hanya menekan butang-butang tertentu tetapi mereka tidak tahu apa yang sedang dihasilkan., betul-betul dirahsiakan. Selain nuklear yang lebih bahaya lagi adalah bom hydrogen tetapi bom ini sepakat diharamkan oleh kuasa-kuasa besar. Hanya bom nuklear dibenarkan dengan syarat pembuatannya terhad.

Kesimpulannya, aku berasa insaf dan terpegun apabila membaca bahagian kesan ledakan bahana bom nuklear. Beratus ribu orang boleh mati dalam sekelip mata. Melihat cahaya letupan bom ini dari jarak jauhpun boleh membutakan mata. Suhu di pusat letupan sangat tinggi sehingga boleh mencairkan dan menukarkan bahan logam dan batu menjadi wap. Gangguan elektromagnet boleh merosakkan alatan elektrik apatah lagi elektronik yang sensitif yang boleh menyebabkan pencemaran radioaktif. Mungkin mereka yang tinggal didalam gua sahaja yang boleh ‘survive’. Amat bahaya sekiranya senjata ini dikuasai oleh negara yang menghasilkannya kerana ternyata kesan yang terhasil dari ledakan bom ini amat buruk dan dahsyat sekiranya teknologi neklear disalahgunakan, maka akan ranap dan musnahlah peradaban manusia.


Print   Email