Saat aku tergelincir lagi : kita sentiasa ada peluang untuk bangun kembali

Saat aku tergelincir lagi : kita sentiasa ada peluang untuk bangun kembali

“Saat aku tergelincir lagi : kita sentiasa ada peluang untuk bangun kembali” - Mohd Hafizul Faiz

ISBN : 9789678604963
Penerbit : Karya Bestari
No. Panggilan : BP88.M848 H34 2015
Tahun diterbitkan : 2015
Muka surat : 187 p.
URL efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=80924

Ringkasan buku oleh: Pn. Nor Nadia Shahida Binti Zakria, Pembantu Pustakawan Kanan
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Image

Saat aku tergelincir lagi merupakan sebuah penulisan santai yang membawa kepada peringatan buat diri sendiri. Jenis penulisan yang santai dan sarat dengan pengalaman dirinya sendiri, sekaligus membawa pembacanya merenungi sudut kehidupan dan perlu sentiasa muhasabah dengan kelemahan diri sendiri.

Buku ini adalah himpunan dari kisah, artikel, suara hati, catatan-catatan peribadi berdasarkan pengalaman dari penulis mengenai ranjau kehidupan yang telah ditempuhinya. Penulis menceritakan tentang kehidupannya yang penuh dengan ranjau berliku, berdepan dengan pelbagai kesusahan dan kesukaran yang sentiasa bertali arus. Segala kesukarannya ditimbulkan dan dikongsikan bersama untuk saling bantu-membantu. Pada akhirnya, ia menjadi sesuatu yang inspirasi ke arah mencapai redha ALLAH SWT.

Sebagai manusia, kita seringkali akan tergelincir dalam perjalanan untuk mencari hakikat dan makna sebuah kehidupan. Setiap kali kita lemah dan jatuh, kita perlu berusaha untuk bangkit kembali walaupun kita mungkin akan berdepan dengan lebih banyak cabaran. Hidup di dunia ini seumpama lukisan yang dilakarkan di atas sekeping kertas. Coraknya bergantung di atas suka duka diri masing-masing. Kita adalah hamba NYA yang perlu mempunyai pegangan dan prinsip dalam kehidupan kita. Segalanya harus dilalui dengan tabah dan sabar.

Buku ini sangat sesuai dibaca oleh setiap lapisan masyarakat kerana cara penyampaiannya yang dapat memberikan pengalaman serta pengajaran dalam kehidupan seharian kita yang sentiasa penuh dengan dugaan dan cabaran.


Print   Email