Nota Untuk Anakku

Nota Untuk Anakku

“Nota Untuk Anakku” - Zulkifli Mohamad Al-Bakri

ISBN : 9789670562964
Penerbit : Pustaka Cahaya Kasturi
No. Panggilan : BP188.3 .C5 Z85 2016
Tahun diterbitkan : 2016
Muka surat : 132 p.
URL efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=83337

Ringkasan buku oleh: Pn. Nurezzatul Akmal Binti Salleh, Pembantu Pustakawan
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Image

Nota untuk anakku merupakan buku terbitan daripada Pustaka Cahaya Kasturi yang dicetak pada tahun 2016 dan mengandungi 132 halaman muka surat. Penulis buku ini ialah Dato' Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang berasal dari Terengganu. Beliau merupakan penulis dan tokoh agamawan yang terkenal dan berpengalaman serta menjadi tempat rujukan berkaitan hal ehwal keagamaan.

Buku ini memaparkan nasihat dan penuh dengan hikmah daripada penulis kepada anaknya yang bernama Mohammad Hasanain. Buku ini bukan hanya mengisahkan nasihat yang biasa tetapi ia merupakan nasihat yang luar biasa, yang memberi kesan yang mendalam kepada sesiapa yang membacanya.

Setiap bab mengandungi 27 nota yang mudah dan ringkas untuk difahami pembaca terutama golongan yang bergelar anak sebagai nasihat dan kata-kata hikmah untuk motivasi dan pengajaran. Penulis juga ada menyelitkan hadis, kisah teladan dan mutiara kata hampir dalam setiap bab dalam buku ini.

Pelbagai ilustrasi dan gambar yang menarik juga menambahkan lagi kecantikan dan lebih santai dalam membaca buku ini. Susunan ayat dan bahasa yang ringkas dan padat dengan unsur nasihat dan mudah difahami oleh pembaca pelbagai peringkat umur.

Kesimpulannya, disarankan pembaca, khasnya dalam kalangan anak-anak dan para pelajar membaca buku ini bagi menambahkan ilmu pengetahuan dan menjadi nasihat yang berguna mengikut kesesuaian pembaca serta tabiat fitrah masyarakat pada masa sekarang dengan suasananya yang tersendiri. Moga bermanfaat.


Print   Email