Rahsia Rasulullah SAW Sentiasa Sihat

Rahsia Rasulullah SAW Sentiasa Sihat

“Rahsia Rasulullah SAW Sentiasa Sihat” – Prof. Dr. Abdul Basith Muhammad as-Sayyid ; editor, Juhan Che Yaman

ISBN : 9789674280574 (pbk.)
Penerbit : Synergy Media
No. Panggilan : BP 190.5.H4 S29 2012
Tahun diterbitkan : 2012
Muka surat : 134 p.
URL efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=76955&

Ringkasan buku oleh: Pn. Noor Azura Binti Omar, Pustakawan Kanan
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Image

Buku ini adalah siri Sehari Bersama Rasulullah SAW. Buku ini mengandungi rahsia untuk sihat mengikut cara Rasulullah SAW yang menfokuskan berkenaan amalan dalam kehidupan Rasulullah dari segi adab dan kaedah makan minum yang sihat, perubatan, cara tidur yang digariskan sebagai panduan untuk kesejahteraan hidup kita.

Makanan adalah penting untuk kehidupan manusia. Kita memerlukan makanan untuk hidup dan melakukan aktiviti yang berkaitan dengan kehidupan. Namun makan untuk hidup atau hidup untuk makan adalah pilihan kita. Setiap tumbuhan atau haiwan yang diciptakan mempunyai fungsi dan manfaat yang tersendiri. Makanan yang diperlukan manusia adalah berbeza mengikut keadaan tubuh, umur dan penyakit. Komposisi makanan yang diambil akan memberi impak kepada kesihatan sama ada pemakanan itu menjadi sihat atau sebaliknya. Pematuhan kepada adab dan kadar yang sewajarnya telah ditunjukkan oleh Rasulullah sebagai contoh dalam amalan kehidupan baginda.

Bab 1 buku ini adalah berkenaan Makanan yang sihat. Bab ini berkenaan bahan makanan yang baik untuk manusia yang mengandungi berbagai zat penting bagi tumbesaran, sumber tenaga dan perlindungan dari pelbagai penyakit. Ia memberikan contoh sumber protein seperti susu, daging,ikan, kekacang dan sebagainya. Selain khasiat madu yang menjadi ubat untuk melegakan berbagai penyakit seperti penyakit mata, ubat darah tinggi, menyuburkan kandungan, demam, batuk dan sebagainya.

Bab 2 berkenaan berubat dengan makanan iaitu pola makan yang seimbang. Pengambilan makanan yang seimbang dapat menjamin kesihatan dan merawat sel-sel yang rosak dari ketidakaturan pemakanan kita. Contoh jadual pemakanan sihat untuk tempoh seminggu dicadangkan dalam buku ini beserta diet yang bersesuaian. Selain senarai makanan yang berfungsi sebagai ubat mengikut kategori kumpulan makanan seimbang.

Bab 3 menfokuskan berkenaan cara makan Rasulullah SAW. Adab dan amalan yang ditunjukkan ini adalah panduan untuk kemaslahatan hidup kita. Ia juga menceritakan tentang cara makan dan makanan kesukaan Rasulullah SAW.

Bab 4 menceritakan tentang minuman Rasulullah SAW dari segi kaedah sesuai untuk minum sama ada selepas atau sebelum makan. Kuantiti dan cara minum juga memberi kesan ke atas kesihatan.

Bab 5 tentang perkataan terakhir yang diucapkan Rasulullah SAW iaitu wahai Allah, Engkaulah Zat Yang Maha Tinggi. (HR Bukhari dan Muslim)

Bab 6 adalah berkenaan cara tidur Rasulullah SAW iaitu baginda akan tidur dengan posisi mengadap ke arah kanan sambal berzikir kepada Allah SWT sehingga terlelap. Ada beberapa lagi kaedah baginda tidur beserta waktu yang bersesuaian. Selain manfaat yang diperolehi dari tidur.

Bab 7 adalah mengenai kaedah perubatan Rasulullah SAW iaitu solat dapat menyembuhkan penyakit dalam tubuh dan membangkitkan kekuatan untuk melawan penyakit.

Bab 8 menyentuh tentang Proses penciptaan manusia dan perhubungan setiap organ pada tubuh setelah kelahiran bagi permulaan hidup sebagai insan yang membuktikan keagungan Allah SWT. Sebagai hamba hendak kita melaksanakan dan mematuhi teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW bagu mendapat keredhaan Allah SWT.


Print   Email