Awet muda : 7 rahsia kesihatan holistik
Awet muda : 7 rahsia kesihatan holistik - Zainah Moktar
ISBN : 9789835207679
Penerbit : Penerbit UTM Press
No. Panggilan : RA776.75 .Z35 2011
Tahun diterbitkan : 2011
Muka surat : 241 p.
URL efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=56494
Ringkasan buku oleh: Pn. Affida Abu Bakar, Pustakawan Kanan
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
ISBN : 9789835207679
Penerbit : Penerbit UTM Press
No. Panggilan : RA776.75 .Z35 2011
Tahun diterbitkan : 2011
Muka surat : 241 p.
URL efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=56494
Ringkasan buku oleh: Pn. Affida Abu Bakar, Pustakawan Kanan
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Setiap dari kita semestinya menginginkan kesihatan yang baik serta berpanjangan. Yang paling utama juga kita sentiasa berdoa untuk mempunyai minda yang cerdas, boleh berfikir dengan baik dan tidak mudah lupa. Tidak kurang juga yang berimpian untuk tetap awet muda. Bagi mencapai keinginan dan impian tersebut pastinya setiap dari kita sudah ada amalan yang dilakukan. Samada amalan yang diperturunkan dari generasi ke generasi atau daripada pembacaan. Namun adakalanya setiap amalan tersebut hanya diamalkan apabila badan sudah rasa tidak selesa atau tidak sihat.
“Awet Muda 7 Rahsia Kesihatan Holistik” adalah buku yang ditulis oleh Dr. Zainab Mokhtar seorang ahli perubatan yang berpengalaman di bidang ini. Buku ini boleh menjadi satu bahan rujukan yang bagus bagi sesiapa yang ingin terus menghargai nikmat sihat yang dikurniakan Allah dengan mengamalkan amalan kesihatan yang baik. Definisi holistik menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah bersifat saling berkait antara satu sama lain sebagai suatu sistem bersepadu yang menyeluruh, bukan sekadar menyentuh aspek-aspek tertentu sahaja. Model ini bertujuan memberikan pandangan secara menyeluruh dan bagi memahami konteks operasi sesuatu organisasi.
Selain itu, buku ini juga boleh dijadikan sebagai pencetus motivasi untuk terus kekal positif dan konsisten dalam menjalani cara hidup sihat. Buku ini terbahagi kepada sembilan bab. Bab satu menerangkan bagaimana proses penuaan terjadi sementara bab dua hingga lapan lebih menjurus kepada rahsia awet muda. Setiap rahsia diulas dan diterangkan dengan baik bersama contoh, rajah, carta dan gambar berwarna bagi memberi gambaran dan pemahaman yang jelas kepada pembaca.
Salah satu rahsia yang boleh diamalkan ialah pengawalan tekanan atau stress, pengambilan air, pemakanan dan senaman. Setelah membaca buku ini kita pasti akan mendapat perspektif yang baru iaitu lebih mencintai diri sendiri dengan penjagaan emosi yang lebih tenang dan menguruskan pengambilan jenis makanan yang baik untuk kesihatan.
Selain itu, kita akan lebih faham bahawa ajaran Islam dan amalan dalam kehidupan Rasulullah s.a.w wajar diikuti kerana mempunyai kebaikan yang banyak untuk mendapat kesihatan yang baik. Sebagai contoh amalan membaca doa apabila melihat cermin. Doa ketika melihat cermin juga ialah doa memohon perlindungan agar sentiasa dipelihara akhlak yang mulia dan menjadi orang yang sentiasa berjiwa tenang. Ketika melihat cermin senyumlah selebarnya sebagai tanda syukur atas nikmat yang Allah berikan kepada kita. Berkata juga yang positif untuk diri kita dengan memberi maklumat yang positif maka sel-sel otak sentiasa hidup dan segar.
Bagi pembaca, mungkin ada yang memilih tips-tips yang ingin diikuti secara selektif atau melompat-lompat bacaan. Namun sebaiknya kita membaca buku ini dari bab ke bab untuk memperoleh setiap tips dengan baik. Tidak perlu terburu-buru dalam menghabiskan bacaan kerana terdapat banyak tips yang baik yang dapat kita amalkan.
Tidak ada salahnya juga untuk kita ulang membaca buku ini agar dapat mempraktikkan tips yang dikongsikan. Seperti yang ditulis oleh penulis, syarat untuk mencapai kejayaan kesihatan awet muda ialah azam yang kuat dan amalan yang berterusan. InsyaAllah, dengan izinnya semoga Allah menerima setiap niat dan amalan kita untuk menjalani kehidupan dan beribadat dengan lebih baik.