100 kisah kehidupan : secubit halwa penawar jiwa
100 kisah kehidupan : secubit halwa penawar jiwa – Zakaria Sungib
ISBN : 9789830972244
Penerbit : Galeri Ilmu
No. Panggilan : BP188.15 .Z35 2010
Tahun diterbitkan : 2010
Muka surat : 320
URL efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=62053
Pengulas :
En. Shamsor Masra Bin Othman, Pembantu Pustakawan Kanan
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
ISBN : 9789830972244
Penerbit : Galeri Ilmu
No. Panggilan : BP188.15 .Z35 2010
Tahun diterbitkan : 2010
Muka surat : 320
URL efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=62053
Pengulas :
En. Shamsor Masra Bin Othman, Pembantu Pustakawan Kanan
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Buku ini menceritakan 100 kisah bernilai tarbiah berdasarkan kisah sebenar dalam masyarakat. Walaupun ringkas tetapi padat dengan kisah-kisah suka-duka. Suatu perspektif menyeluruh mengenai menemukan pembaca kepada kisah-kisah yang dekat dengan diri masing-masing. Kisah yang terkesan di hati serta mencetuskan inspirasi, menjernihkan jiwa, dan seterusnya memberi motivasi.
Pelbagai kisah yang diceritakan dan ini merupakan koleksi halwa jiwa yang memberi kesan penawar kepada keluh-kesah, kekeliruan dan tekanan hidup seharian.
Kisah-kisah itu mengajar tentang kesyukuran, kesabaran, ketabahan, pengorbanan, kasih sayang dan sifat-sifat lain yang diredhai. Pada setiap kisah itu ada hikmah yang Allah datangkan sebagai ujian untuk kita redha dan berserah padaNya.
Sebahagian dari cerita-cerita tersebut telah ada dalam majalah bertajuk Anis bagaimanapun ianya telah diolah dan diringkaskan semula dengan menggekallan cerita asalnya. Penuils juga memuatkan puluhan kisah inspirasi dari sumbangan rakan-rakan dan dari blog-blog tertentu dengan keizinan penulis asal.
Oleh itu kita sebagai manusia biasa perlu mencari titik penyelesaian terbaik untuk meyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi. Jika kita tidak dapat menyelesaikan masalah secara baik atau bertindak secara bijak kemungkinan akan menemui jalan buntu kerana setiap masalah pasti ada jalan penyelesainnya. Jadi kita perlulah berani menghadapinya.
Ini dapat memberikan suntikan semangat dan motivasi untuk kita semua dalam berdepan dengan masalah-masalah atau dugaan dan cabaran nanti. Pada pandangan saya, buku ini amat sesuai dibaca oleh segenap lapisan masyarakat. Isi kandungannya yang lengkap serta mudah difahami. Buku ini akan dapat memberi manfaat kepada saya dan diharap pembaca lain turut memperoleh manfaat selepas membaca buku ini nanti. InsyaAllah.