Travelog Kehidupan Abadi : Perjalanan Menuju Dewasa
'Travelog Kehidupan Abadi : Perjalanan Menuju Dewasa'- Roza Roslan
ISBN : 9789673662579
Penerbit: PTS Islamika
No. Panggilan: BP173.4 .R69 2012
Tahun Diterbitkan: 2012
Mukasurat: 251
Url Efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=92057
Pengulas :
Pn. Nor Nadia Shahida Zakria, Pembantu Pustakawan Kanan
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
ISBN : 9789673662579
Penerbit: PTS Islamika
No. Panggilan: BP173.4 .R69 2012
Tahun Diterbitkan: 2012
Mukasurat: 251
Url Efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=92057
Pengulas :
Pn. Nor Nadia Shahida Zakria, Pembantu Pustakawan Kanan
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Travelog Kehidupan Abadi : Perjalanan menuju dewasa, merupakan kesinambungan dari Travelog Impian Abadi, buku ini menceritakan tentang kehidupan penulis setelah mendirikan rumahtangga dengan seorang jejaka yang dikenalinya semasa beliau belajar di UITM Dungun.
Kisah penceritaan penulis adalah dari pengalaman beliau yang sentiasa ada bersama suaminya ketika suaminya melanjutkan pelajaran diluar negara. Tuntutan menunaikan tanggungjawab beliau sebagai seorang isteri, ibu dan anak perempuan, dan juga seorang hamba-Nya, membuatkan pembaca dapat menyelami ketabahan seorang wanita yang mempunyai keinginan tertentu, namun dibatasi oleh tanggugjawabnya sendiri, dimana penulis masih mampu memikirkan keperluan adalah lagi penting dari memenuhi kehendaknya. Tetapi beliau masih tidak putus asa untuk mencapai segala keinginan dan cita-citanya walau kadangkala beliau sedar apabila tidak semua yang diingininya itu akan tercapai.
Banyak yang boleh kita jadikan pengajaran dari catatan pengalaman penulis berdasarkan penceritaan dari kisah hidup kenalan-kenalannya. Beliau dapat mengenali pelbagai adab dan budaya lain sepanjang beliau diperantauan. Beliau juga berjaya membuatkan sahabat dan kenalannya mengubah pandangan serta bersangka baik pada dirinya. Ini terbukti setelah jiran beliau mampu berkongsi resepi rahsianya dengan beliau ketika berada di Sarawak semasa mengikut suaminya menyambung pengajiannya.
Buku ini sangat sesuai dibaca oleh golongan remaja dan dewasa sebagai motivasi dan pengajaran dari pengalaman penulis. Dari penceritaan penulis semasa beliau ada diluar negara, membuatkan saya sendiri dapat merasai pengalamannya.