Pesara jutawan : strategi-strategi baru untuk bersara dengan kaya dan bahagia di Malaysia
'Pesara jutawan : strategi-strategi baru untuk bersara dengan kaya dan bahagia di Malaysia'- Azizi Ali
ISBN : 9833364195
Penerbit: Truewealth Publ
No. Panggilan: HG179 .A95 2006
Tahun diterbitkan : 2006
Mukasurat: 158
Url Efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=37654
Pengulas :
En. Mohd Esuadi Mustaffa, Pembantu Pustakawan Kanan
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
ISBN : 9833364195
Penerbit: Truewealth Publ
No. Panggilan: HG179 .A95 2006
Tahun diterbitkan : 2006
Mukasurat: 158
Url Efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=37654
Pengulas :
En. Mohd Esuadi Mustaffa, Pembantu Pustakawan Kanan
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Dunia persaraan adalam impian semua pekerja bagi menghabiskan perkhidmatan mereka dan hidup bahagia selepas persaraan. Namun begitu sekiranya tiada perancangan rapi yang dilakukan dunia persaraan akan menjadi beban kepada individu tersebut.
Penulis kali ini telah berkongsi tip bagaimana untuk memastikan dunia persaraan kita kurang bebanan kewangan di masa hadapan. Apa yang menarik lagi tentang penulisan ini adalah penulis sendiri adalah seorang yang bekerja makan gaji. Jadi apa yang menarik mengenai penulisannya adalah penulisan yang berdasarkan pengalaman dan pemerhatian beliau dalam mmemberikan info kepada pembaca.
Dalam buku ini juga pembaca akan dikongsikan beberapa strategi bagi mencapai dana persaraan mereka. Selain itu juga beberapa info penting yang dikongsikan adalah beberapa langkah bagaimana untuk menyimpan bagi menghadapi zaman persaraan nanti.
Penulis telah membahagikan 4 bahagian dalam buku ini bagi memberikan pemahaman kepada pembaca di mana bahagian pertama penulis memberikan penulisan mengenai pemahaman mengenai alam persaraan kepada pembaca. Pada bahagian kedua pula penulis menghidangkan beberapa strategi yang boleh diginapakai oleh pembaca dan bahagian ketiga dan keempat lebih tertumpu kepada kupasan dan rumusan mengenai dunia persaraan.