Kau sembah apa ? : berdialog dengan Non-Muslim

Kau sembah apa ? : berdialog dengan Non-Muslim

'Kau sembah apa ? : berdialog dengan Non-Muslim' - Ahmad Iqram Mohamad Noor

ISBN : 9789673693344
Penerbit: Puteh Press
No. Panggilan: BP171 .I67 2016 k
Tahun diterbitkan : 2016
Mukasurat: 266
Url Efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=88195

Pengulas :
En. Ahmad Nurudin Abdul Nasir, Pustakawan Kanan
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Image
Buku berjudul Kau Sembah Apa? adalah sebuah buku bersaiz sederhana kecil, mempunyai 266 muka surat dihiasi dengan gambarajah yang bewarna dan susunan yang manarik. Terdapat 9 bab, buku ini memberikan penjelasan mengenai kepercayaan-kepercayaan utama di Malaysia, iaitu Islam, Buddha, Tao, Kristian, Hindu dan Sikh.

Dimaklumkan, penulis buku ini menemui ketua-ketua agama dan melawat rumah-rumah ibadat agama berkenaan semasa melakukan kajian sebagai persediaan untuk menulis buku ini. Tujuan buku ini adalah memberi kefahaman mengenai persamaan dan perbezaan kepercayaan agama-agama utama di Malaysia.

Dalam hasil kajian buku ini, penulis mendedahkan setiap maklumat yang tepat mengenai agama Islam, Buddha, Tao, Kristian, Hindu, dan Sikh. Bermula daripada kedatangan setiap agama ke Tanah Melayu, fitnah dan persepsi masyarakat Melayu terhadap agama Kristian, perbezaan agama Buddha dan Taoism, apakah prinsip sebenar agama Sikh, dan adakah semua agama percaya kepada konsep ketuhanan yang Esa, iaitu meyakini di dunia ini hanya wujud satu Tuhan yang berhak disembah?

Perbincangan dan ulasan dalam buku ini dibentangkan dalam bahasa yang mudah difahami, membuatkannya dapat dibaca dengan pantas. Penulis tidak mempertikaikan atau merendahkan mana-mana agama. Penulis menekankan kepentingan berdialog untuk meningkatkan kefahaman antara kumpulan agama berbeza.

Allah menyatakan dalam surah An-Nahl ayat 90, “Sesunguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan melakukan kebajikan.” (Muka Surat 7 dalam buku ini) Iaitu, kita perlu mewujudkan sikap bertoleransi kepada penganut agama lain dan berlaku adil kepada mereka.

Tambahan, intisari yang menarik tentang buku ini adalah, para pembaca tidak perlu gusar tentang relevan dan kesahihan informasi yang ditulis oleh penulis buku. Ini kerana, penulis turut memasukkan gambar beliau berjumpa dengan setiap pengasas agama bagi mendapatkan butiran yang tepat untuk penulisan buku ini. Selain itu, diskusi berkaitan penggunaan kalimah Allah dalam Bible dan agama Sikh yang menjadi perbalahan dalam kalangan umat Islam di Malaysia turut diutarakan.

Secara kesimpulannya, buku ini perlu dimiliki kerana kita sememangnya tidak arif dan naif dalam bidang keagamaan. Buku ini banyak mengajar kita sebagai rakyat Malaysia untuk lebih peka dan sensitif mengenai setiap agama. Ini adalah bagi mengelakkan berlakunya perbalahan yang tidak diingini. Malah, ia juga membantu para pembaca bagi membuka minda masing-masing untuk mengenal agama sendiri di samping turut mengenali agama-agama yang terdapat di Malaysia.

Print   Email