Batu-bata kehidupan

Batu-bata kehidupan

'Batu-bata kehidupan'- Hilal Asyraf

ISBN : 9789830972916
Penerbit: Galeri Ilmu
No. Panggilan: BP188.2 .H55 2011
Tahun diterbitkan : 2011
Mukasurat: 340
Url Efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=47486

Pengulas :
En. Mohd Fakhrurrazi Adnan, Pembantu Pustakawan
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Image
Batu-Bata Kehidupan ialah sebuah buku motivasi karya oleh penulis muda Hilal Asyraf. Buku ini mengetengahkan tiga isi utama iaitu Allah, cinta dan kehidupan mukmin. Ianya merupakan bahan binaan penting dalam struktur pembentukan‘bangunan kehidupan’ setiap insan agar dapat bertahan hingga ke akhirat.

Jikalau kehidupan setiap insan duniawi dibina berpaksikan bahan binaan yang tidak stabil, sudah tentu dengan sekali tiupan angin taufan,nescaya ianya akan rebah menyembah bumi.

Konsep ukhwah banyak diperjelaskan dalam buku ini. Ukhuwah tertinggi adalah itsar (melebihkan sahabat daripada diri sendiri), dan ukhuwah terendah adalah berlapang dada. Intipati utama untuk ukhwah ini adalah daripada diri manusia itu sendiri.

Kesimpulannya, pengakhiran hidup ini adalah syurga atau neraka. Buku ini membawa mesej sekiranya kita masih leka dibuai mimpi,sibuk dengan hal- hal duniawi dan tidak mengambil iktibar daripada setiap perkara yang berlaku di sekeliling kita, bersedialah untuk rugi. Namun, jika kita memandang akhirat yang kekal abadi sebagai tempat kita kembali,ayuh kita merancang dengan teliti.

Print   Email